”Dibenarkan Sita Aset Gimnasium Berjumlah RM500k?”-Ammar Alfian…

Pelakon Ammar Alfian memfailkan satu permohonan untuk menyita dan menjual aset bernilai RM500,000 daripada premis gimnasium Guardian Fitness yang telah gagal membayar penghakiman pada bulan Februari 2020.

Pengurus kris1s dan jurucakap Ammar Alfian, Saiful Ridzuan dari Saiful Ridzuan Public Relations and Communications berkata, notis permohonan tersebut telah disempurnakan pada Khamis.

Menurutnya dalam satu kenyataan, lelongan akan dilakukan dalam tempoh 14 hari sekiranya wang tersebut tidak dibayar kepada Ammar.

Terdahulu pada 24 Februari 2020, Ammar telah mendapat satu penghakiman berjumlah RM500,000 ribu ke atas syarikat Guardian Fitness Sdn. Bhd.  kerana syarikat tersebut telah men1pu dan melakukan sal4h nyata semasa mempelawa Ammar untuk melabur lebih dari RM400,000 sebagai balasan untuk ekuiti saham 30% peratus dalam perniagaan syarikat tersebut.

Ammar telah memeterai perjanjian perniagaan tersebut pada tahun 2016 melalui pelawaan oleh Lee Chung Howe yang merupakan salah seorang pengarah Guardian Fitness Sdn. Bhd. Mahkamah bersetuju dengan pihak peguam Ammar yang syarikat itu telah membuat untung dan rugi yang dipalsvkan supaya beliau melabur ke dalam syarikat tersebut.

Ekuiti saham yang dibayar oleh pelakon itu adalah untuk pegangan minoriti bagi gimnasium Anytime Fitness berkeluasan 8000 kaki persegi yang terletak di tingkat 2 di Menara Hap Seng 2, Jalan P. Ramlee, Kuala Lumpur.

Peguam siv1l dan korporat yang mewakili Ammar Alfian, Nurul Hafidzah Hassan dari firma guaman NHA Advocates and Solicitors berkata, permohonan tersebut dibuat mengikut aturan undang-undang yang memberi kuasa kepada pihak Ammar untuk mendapatkan satu perintah bagi menyita dan menjual aset kepunyaan gimnasium tersebut dan mel4rang defendan untuk menguruskan harta yang telah disita tersebut.

“Saya menyatakan bahawa ianya adalah penting untuk anak guam kami, Ammar Alfian mendapat kembali wang yang telah dilaburkan serta kos guaman setelah pihak Guardian Fitness Sdn. Bhd. enggan, gag4l, abai dan cvai dalam membayar penghakiman.

“Kami akan memastikan anak guam kami mendapat hak undang-undangnya,” tambah Nurul Hafidzah Hassan.

Nurul Hafidzah turut dibantu peguam Zeti Zulkifli bagi k3s pen1puan dan sal4h nyata tersebut. 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Media hiburan

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "”Dibenarkan Sita Aset Gimnasium Berjumlah RM500k?”-Ammar Alfian…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*