“Dari Kecil Tak pernah rasa kurus” – Gadis turun hampir 18kg selepas buat 9 perkara

MEMILIKI tubuh yang langsing serta berat badan yang ideal menjadi impian setiap insan.

Di kala segelintir memilih cara ‘segera’ dengan mengambil suplemen pelangsing untuk mendapatkan berat badan idaman dalam masa yang singkat, namun tidak bagi gadis ini.

Sungguhpun memerlukan sedikit masa, namun gadis tersebut selesa untuk mengamalkan cara diet yang sihat dan semula jadi.

Hasil kerja kerasnya selain komited dan konsisten, gadis ini berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 17.7 kilogram (kg) dalam masa empat bulan!

“Start diet 10 Mac 2020 hingga sekarang. Lost 17.7kg dalam empat bulan lebih. Apa yang saya buat dalam empat bulan ni?” tulisnya pada satu perkongsian di Facebook.

Berkongsi cerita dengan mStar, gadis yang hanya mahu dikenali dengan nama Rose Myza berkata misi mahu menurunkan berat badan dilakukan sebagai ‘hadiah’ untuk diri sendiri.

“Actually saya buat ni untuk hadiahkan pada diri sendiri. Sempena birthday 1 Ogos nanti. Berat asal saya 79.8kg. Sekarang 62.1kg,” katanya.

Gadis dalam lingkungan usia 20an ini menambah, dia juga pada mulanya menggunakan produk pelangsingan badan sebagaimana yang menjadi trend pada masa kini.

“Dua tahun lepas pun saya pernah try produk. Tapi kesannya susah nak tidur dan senang stres, nak marah orang. Jadi selepas sebulan, saya terus berhenti. Bila berhenti naik balik. Jadi sekarang saya memang guna cara sihat je,” katanya yang bekerja sebagai perunding kecantikan (retail).

Menu yang diambil pada setiap hari wajib mempunyai sayur dan buah-buahan.

Berkongsi rutin yang diamalkannya, Rose Myza ‘membuka rahsia’ bagaimana dia berjaya menurunkan berat badannya hanya dengan mengamalkan sembilan perkara.

“Saya cut gula… saya tak minum manis, minum air masak saja. Kalau saya teringin, saya gunakan stevia untuk gantikan gula.

“Saya juga dah tak makan fastfood dan makanan proses. Dulu seminggu tiga hingga empat kali order fastfood saja sebab nak cepat, sebab kerja. Saya juga kurang makan makanan deep fry,” katanya.

Mengakui seorang yang anti pada sayur-sayuran sejak kecil, namun menurut gadis ini, tabiat tersebut mula berubah apabila dia berazam untuk menurunkan berat badan

“Saya mula makan sayur dan buah. Dulunya saya cuma makan nasi dan lauk. Saya anti pada sayur sebab dari kecil tak minat, jadi saya variasikan menu sampai saya suka makan sayur. Snacking yang dulunya kerepek dan coklat saya gantikan dengan buah.

“Yang pastinya saya amalkan suku-suku separuh setiap hidangan. Start diet, saya suka masak sendiri. Selain sihat, duit pun jimat,” ujarnya.

Dalam pada mengawal pemakanan, Rose Myza turut menyeimbangkan misinya dengan aktiviti bersukan dan bersenam.

“Masa MCO (Perintah Kawalan Pergerakan) hari tu saya workout dua hingga tiga jam sehari disebabkan banyak masa yang terluang. Bagi saya workout sangat penting untuk fit badan dan bantu pembakaran kalori dengan lebih banyak,” ujarnya lagi.

Berat badan Rose Myza turun hampir 18kg dalam masa empat bulan dan dia masih meneruskan rutin seperti biasa sehingga kini.

Pada bulan pertama, gadis ini berkata dia kerap mengamalkan detoksifikiasi (detox) setiap kali selepas makan untuk membantu proses perkumuhan.

“Lepas makan je ambil green tea. Kalau tak ada, saya akan gantikan green tea dengan lemon untuk membantu proses pembuangan. Senang lawas.

“Adakalanya kalau saya rajin, saya akan buat Intermittent Fasting (IF). Ikut pada kemampuan masing-masing. Saya juga baru belajar diet. Saya buat macam puasa biasa je. Lagi satu, cukupkan minum air masak setiap hari 3 liter,” ujarnya.

Rose Myza juga menambah, proses untuk menurunkan berat badan akan menjadi lebih menarik sekiranya ia turut disertai peneman, sebagaimana perkongsian pengalamannya.

Rose Myza mengakui dia pernah terjebak untuk mencuba produk pelangsingan badan. -Gambar hiasan

“Saya diet seorang diri pada mulanya. Kemudian pada satu tahap pernah rasa down sebab kurang info diet. Alhamdulillah, saya jumpa kawan yang sama-sama ada impian untuk kurus. Saya ada sokongan dan semangat dekat situ.

“Semuanya bergantung pada diri sendiri. Saya memang besar… dari kecil dan tak pernah rasa kurus. Saya masih dalam proses penurunan sebab masih dalam kategori overweight.

“Doakan saya kuat dan istiqomah. Saya doakan yang lain juga fit sebelum berakhirnya 2020 nanti,” ujarnya lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : OBulan

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "“Dari Kecil Tak pernah rasa kurus” – Gadis turun hampir 18kg selepas buat 9 perkara"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*