“Panggilan Artis Sendu Tak Sesuai Untuk Saya”-Haneesya Hanee

Hampir sekian lama kelibat dirinya tidak muncul di kaca televisyen, model dan pelakon sensasi Haneesya Hanee dikatakan sering dil4bel net1zen sebagai artis sendu.

Tidak mudah melatah dan tidak terkesan digel4r sedemikian, Haneeysa berkata dia masih baru lagi dalam dunia lakonan dan baru membintangi beberapa buah drama, jadi gelaran artis sendu tidak sesuai untuknya.

“Bagi saya, panggilan artis sendu tidak sesuai untuk saya, malah sedikitpun tidak terasa dengan panggilan yang diberi.

“Saya baru sahaja bertapak dalam industri seni, berapa kerat sangat drama yang dibintangi, jadi ia bukanlah gelaran yang sesuai ditujukan kepada saya. Lainlah, jika sudah lama saya berlakon,” katanya kepada BH Online.

Haneesya tertanya-tanya adakah disebabkan kontroversi mengh1mpit dirinya atau kemenangan Artis Baharu Wanita Popular di ABPBH tahun lalu pvnca syarikat produksi tidak berani mengambilnya kerana bimbang bersikap ‘demanding’.

“Rezeki belum menyebelahi biarpun saya memenangi ABPBH, tahun lalu. Semakin kurang tawaran lakonan diterima. Mungkin produser takut saya meletakkan harga tinggi, tetapi saya tak mungkin bersikap sedemikian kerana saya tahu siapa diri saya.

Bagaimanapun, Haneesya tetap meluahkan rasa syukur rezeki dalam dunia peragaan masih tidak berhenti. Malah, dia juga turut menerima tawaran ulasan produk dan dua sumber pendapatan itu digunakan untuk menanggung keluarga.

Dalam pada itu, biarpun kebanyakan kontroversi yang tercetus bukan disengajakan, Haneesya berkata dia mahu 2020 menjadi tahun positif untuk menjaga nama dan kerjayanya.

“Kebanyakan kontr0versi yang berlaku wujud secara tidak disengajakan. Sedikit kesal4han yang dilakukan, net1zen suka membesarkannya hingga menjadi tvlar.

“Saya tak mahu menoleh ke belakang lagi, saya mahu mengurangkan kontr0versi dan fokus kerja serta produk yang bakal dihasilkan,” kata Haneesya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Rotikaya

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "“Panggilan Artis Sendu Tak Sesuai Untuk Saya”-Haneesya Hanee"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*