Rupanya Bersembunyi Di Sini..Rayhan Kabir Akhirnya Berjaya Ditahan, Bakal Diusir Keluar Malaysia Selama-Lamanya

LELAKI Bangladesh, Md Rayhan Kabir yang ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), semalam, akan diusir keluar dan disenarai hitam daripada memasuki Malaysia untuk selama-lamanya.

Ketua Pengarah JIM Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, lelaki berusia 25 tahun itu ditahan oleh sepasukan Pegawai Imigresen dari Unit Risikan Operasi JIM Putrajaya di Setapak, Kuala Lumpur, 5.45 petang, semalam.

“Kejayaan ini adalah hasil daripada risikan dan buruan berterusan selama dua minggu.

“Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada pegawai-pegawai terbabit atas usaha dan komitmen mereka.

“Lelaki Bangladesh ini akan diusir keluar dan disenarai hitam daripada memasuki Malaysia untuk selama-lamanya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan Md Rayhan dikatakan ditahan ketika bersembunyi di sebuah kondominium di Jalan Pahang, Kuala Lumpur, semalam.

Sebelum ini, JIM memohon bantuan orang ramai bagi mengesan Md Rayhan Kabir bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

Pada 3 Julai lalu, Al Jazeera menyiarkan dokumentari berjudul L0cked Up in Malaysia’s L0ckdown dengan Md Rayhan dilihat mengkritik kerajaan Malaysia dan mendakwa wujud diskriminasi dalam mengendali kes C0vid-19 membabitkan warga asing.

Hampir 2 Minggu Sembunyi, Akhirnya Rayhan Kabir Dijumpai

TERDAHULU, Lelaki Bangladesh dikenali Md Rayhan Kabir yang dibvru Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan agensi terbabit, hari ini.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pengarah JIM Datuk Khairul Dzaimee Daud ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, lelaki berusia 25 tahun terbabit ditahan pihaknya petang tadi.

Harian Metro difahamkan, Md Rayhan dikatakan ditahan ketika bersembunyi di sebuah kondominium di Jalan Pahang, Kuala Lumpur hasil risikan sepasukan pegawai dan anggota bahagian risikan Ibu Pejabat JIM.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan JIM memohon bantuan orang ramai bagi mengesan Md Rayhan Kabir bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

Pada 3 Julai lalu, Al Jazeera menyiarkan dokumentari berjudul L0cked Up in Malaysia’s L0ckdown dengan Md Rayhan Kabir dilihat mengkritik kerajaan Malaysia dan mendakwa wujud diskriminasi dalam mengendali kes C0vid-19 membabitkan warga asing.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber :

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Rupanya Bersembunyi Di Sini..Rayhan Kabir Akhirnya Berjaya Ditahan, Bakal Diusir Keluar Malaysia Selama-Lamanya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*