C0vid-19: Kuching kini Zon Merah?,Adakah Hospital Sentosa Ditutup

KUCHING kini dikategorikan sebagai zon merah selepas mencatatkan 41 kes setakat 12 tengah hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, Hospital Sentosa di Kuching turut ditutup kepada orang awam manakala semua kakitangan pusat perubatan itu dikuarantin di dalam hospital berkenaan.

“Empat kes baharu Kluster Hospital Sentosa. (Seramai) 677 individu disaring dan diuji, 657 masih menunggu keputusan dan Kuching, Sarawak menjadi zon merah,” katanya menerusi catatan di laman Facebook beliau.

Pengesanan kontak rapat juga sedang dijalankan, katanya.

Kes jangkitan baharu C0vid-19 di dalam negara mencatatkan 23 kes hari ini berbanding 21 semalam.

Sementara itu di Kuching, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak akan mengadakan mesyuarat khas esok untuk membincangkan perkembangan terkini pandem1k C0vid-19, kata Pengerusinya Datuk Amar Douglas Uggah Embas hari ini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan malam ini, beliau berkata, daerah berkenaan mencatatkan peningkatan ketara kes positif akhir-akhir ini dengan hari ini saja lapan kes positif baharu dilaporkan.

“Terdapat 39 kes (baharu) positif (terkumpul sejak Ahad lalu) dan dengan satu lagi kes, kami akan menjadi zon merah daripada kuning. Apabila menjadi (zon) merah, ia mencerminkan betapa seriusnya keadaan ini. Ini memerlukan langkah-langkah tertentu diambil. Mesyuarat esok diadakan khas untuk menentukan langkah-langkah ini,” katanya.

Beliau berkata, apa saja langkah yang dipertimbangkan dan ditentukan akan dimaklumkan kepada Kementerian Kesihatan.

“Kami mahu mereka bertindak supaya kami dapat menguatkuasakan atau melaksanakannya secepat mungkin,” katanya sambil menambahkan bahawa larangan perjalanan akan menjadi antara isu yang akan dibincangkan dalam mesyuarat itu.

Penasihat jawatankuasa berkenaan, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri dan Datuk Seri Dr Stephen Rundi (Menteri Utiliti Sarawak), Pengarah Kesihatan Negeri Dr Chin Zin Hing dan pasukan pakar perubatannya dijangka menghadiri mesyuarat itu.

C0vid-19: Mesyuarat khas JPBN bincang status Kuching

JAWATANKUASA Pengurusan Bencana (JPBN) Sarawak akan mengadakan mesyuarat khas esok untuk membincangkan perkembangan terkini w4bak C0vid-19 yang sedang melanda Kuching.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, mesyuarat khas itu bagi membincangkan tindakan seterusnya berikutan Kuching mengalami lonjakan kes positif sejak beberapa hari lalu.

“Hari ini kita mempunyai lapan kes positif dan semalam pula sebanyak sembilan kes.

“Dengan kes terbaru itu, Kuching kini mempunyai 39 kes positif dan dengan hanya satu kes saja lagi, kawasan itu akan berubah menjadi merah dari zon kuning,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Uggah yang juga Pengerusi JPBN Sarawak berkata, apabila bertukar menjadi merah, ia menunjukkan betapa seriusnya pandem1k itu yang melanda semula.

“Mesyuarat esok akan mencari kaedah untuk menentukan langkah-langkah perlu (apabila bertukar menjadi zon merah),” katanya.

Uggah berkata, apa saja langkah yang dipertimbangkan dan ditentukan akan disampaikan kepada Kerajaan Persekutuan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memastikan tindakan segera diambil.

Antara isu yang akan dibincangkan adalah kemungkinan penguatkuasaan larangan perjalanan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Pen Merah Dot Com

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "C0vid-19: Kuching kini Zon Merah?,Adakah Hospital Sentosa Ditutup"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*