“Seni Itu Subjektif Dan Besar Maksudnya”-Tampilkan Babak Kedai Kain Dalam MV Boneka, Ernie Zakri Gembira Dapat Curi Perhatian Netizen…

TAMPIL dengan konsep unik untuk video muzik single terbaharunya berjudul Boneka, penyanyi Ernie Zakri menerima pelbagai reaksi net1zen yang menjadikan ia sebagai bahan jenaka.

Bagaimanapun, Ernie berkata, kec4man diterima itu merupakan sesuatu yang normal kepada seseorang selebriti yang mahu tampilkan kelainan.

“Bukan saja video klip saya, banyak lagi video klip yang pernah menjadi perhatian. Cuma kali ini memang sesuatu yang lain.

“Imej sebegini tak pernah dilakukan jadi untuk orang dijadikan bahan jenaka ialah satu benda yang normal… saya tak boleh nak mar4h,” katanya kepada mStar.

Video muzik Boneka dilancarkan di YouTube pada Jumaat lalu.

Video muzik lagu Boneka yang dimuat naik pada Jumaat lalu dikatakan terlalu banyak menggunakan kain sehingga ada yang mengatakan ia seperti bab4k di kedai tekstil.

Ernie atau nama sebenar Nur Ernie Shahirah Zakri, 28, berkata setiap orang mempunyai interpr3tasi tersendiri terhadap sesuatu hasil seni.

Dia juga tidak mahu mem4ksa orang ramai untuk menyukai konsep bagi video muzik berkenaan.

Ernie turut meluahkan rasa gembira dan bersyukur kerana konsep yang dibawa dalam video muzik kali ini mendapat perhatian di laman sosial.

Kalau itu yang membuatkan mereka mengingati lagu Boneka, kenapa tidak?

“Kalau itu yang membuatkan mereka mengingati lagu Boneka, kenapa tidak? Sebab seni ni sangat subjektif, seni ni sangat besar maksudnya.

“Kalau saya sukakan konsep sebegini, tak semua orang suka. Kalau saya kata saya tak suka, mungkin orang lain suka.

“Tak ada apa yang buat saya rasa tak best ke apa. Saya okey saja, saya gembira. Selagi orang ambil perhatian pada lagu ni dan menghargai lagu ni, Alhamdulillah.

“Saya memang nak tampilkan sesuatu yang lain kali ini. Genre lagu ini berbeza dari apa yang saya pernah lakukan sebelum ini,” jelasnya.

Ernie terima baik reaksi net1zen terhadap video muzik terbaharunya.

Bercerita tentang single tersebut, juara Bintang RTM 2009 ini berkata dia ingin memberikan yang terbaik untuk peminat yang menantikan penampilan baharunya sejak berhijab.

Namun, Ernie tidak menganggap imej berhijab menjadi penghalang untuk dia terus berkarya dan berfesyen.

“Saya nak beri yang terbaik. Saya rasa bersyukur sebab diberi perhatian. Saya pasti orang menantikan penampilan saya dalam video muzik sejak bertudung.

“Bertudung tak mengh4lang saya daripada melakukan sesuatu tapi saya juga harus berjaga-jaga dengan imej ini. Kalau saya tak berani ambil risiko, sampai bila-bila saya takkan mula buat sesuatu yang berbeza, ” ujarnya.

Boneka mengisahkan tentang seorang wanita yang meneruskan kehidupan selepas ditingg4lkan dan tidak dipedvlikan oleh kekasihnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "“Seni Itu Subjektif Dan Besar Maksudnya”-Tampilkan Babak Kedai Kain Dalam MV Boneka, Ernie Zakri Gembira Dapat Curi Perhatian Netizen…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*