“Rasa Berdeb4r Dan Kecvt Perut” – Neelofa

Usahawan dan hos, Neelofa menyatakan rasa gembira dan teruja apabila program bual bicaranya, Next To Neelofa mendapat reaksi baik para penonton.

Menampilkan Datuk Hans Isaac sebagai jemputan pertama menerusi program yang disifatkan eksklusif itu, Neelofa juga jujurnya tidak mampu menyembunyikan rasa bimb4ng.

Ini kerana, pengisian serta mood yang ditampilkan cukup berbeza dengan rancangan hiburan yang pernah dikenadalikan sebelum ini.

“Memang rasa berdeb4r dan kecvt perut juga. Perasaan itu berbeza dengan mengacara program MeleTOP.

“Tapi Alhamdulillah, untuk episod pertama pada malam Khamis lalu, saya rasa bersyukur dan berpuas hati.

“Malah bila dapat tahu siaran episod pertama menjadi trending, ia membuatkan saya rasa bersyukur. Setidak-tidaknya, pembaharuan yang saya terapkan mendapat reaksi yang baik,” katanya kepada MH.

Neelofa pada masa sama turut mengakui, program yang bakal bersiaran sebanyak 12 episod ini masih lagi menjalani penggambaran.

“Apa yang boleh dikatakan, setiap episod ada vibe dan energy yang berbeza. Tetamu jemputan juga berkongsi cerita eksklusif dan ia merupakan sesuatu yang berbeza.

Tujuan program ini untuk memberi kata-kata positif dan inspirasi kepada penonton,” ujarnya yang turut menyifatkan setakat ini, temu bualnya bersama penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi antara memori paling bermakna.

Next To Neelofa menampilkan tetamu undangan VIP yang terdiri daripada personaliti ternama tanah air dan figura berpengaruh dalam bidang masing-masing.

Berdurasi selama 60 minit, Next To Neelofa bersiaran pada setiap hari Khamis, jam 9.00 malam secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Media hiburan

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "“Rasa Berdeb4r Dan Kecvt Perut” – Neelofa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*