Hanya Kerana Menyelit Pist0l Tiruan Pada Pinggang, Seorang Pengawal Keselamatan Ini Ditahan Polis

GEORGE TOWN- Polis menahan seorang lelaki berumur 35 tahun selepas gambarnya menyelitkan sepucuk pist0l di pinggangnya semasa menunggang motosikal tular di media sosial. Lelaki yang merupakan seorang pengawal keselamatan itu ditahan polis di pos pengawal sebuah kondominium di Sungai Ara, Bayan Lepas, Sabtu lalu pada kira-kira jam 3 pagi.

Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner (ACP) Soffian Santong lelaki itu dikes4n oleh pihak polis yang melakukan pem4ntaun jen4yah di media sosial pada sekitar 2.30 petang dan kurang daripada 24 jam lelaki itu berjaya dikes4n. Tambahnya lagi, seorang individu telah memuat naik dua buah gambar tersebut di laman sosial media.

Dalam foto tersebut, lelaki itu dilihat sedang menunggang motosikal Honda Wave dengan pist0l yang terselit di pinggangnya semasa melalui

Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu yang kelihatan menuju ke Jambatan Pulau Pinang di Georgetown.

Walau bagaimanapun, pist0l tersebut rupa-rupanya pist0l tiruan yang dibeli oleh svspek dengan harga RM70 dari sebuah kedai runcit di Tanjung Tokong pada Mei lalu dengan tujuan untuk menemb4k cicak.

Menurut ACP Soffian, lelaki itu juga memberitahu bahawa dia menyelitkan pist0l tersebut di pinggangnya hanya untuk suka-suka.

Beberapa barang lain turut dir4mpas ketika penahanan dibuat ialah sepvcuk pist0l tiruan dengan satu kel0pak, beg sandang, motosikal Honda Wava, anak kunci dan topi keledar.

Lelaki tersebut juga mempunyai dua rekod jen4yah lampau dan dua k3s yang melib4tkan d4dah.

Kini lelaki berkenaan disiasat di bawah Seksyen 36 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998 yang boleh membawa kepada denda maksimum RM50,000 atau hukvman penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Era Baru

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Hanya Kerana Menyelit Pist0l Tiruan Pada Pinggang, Seorang Pengawal Keselamatan Ini Ditahan Polis"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*