Muka Berjerawat Sebab Pakai Mask?, Sila Ikut 5 Kaedah Penyelesaian Ini…

Orang ramai kini kebanyakannya mematuhi saranan kerajaan untuk memakai pelitup muka (mask) apabila berada di tempat awam.

Namun, seperkara yang kurang selesa apabila ramai yang mervngut wajah ditumbuhi jerawat ekoran memakai pelitup muka dalam tempoh masa yang lama. Keadaan ini dipanggil maskne (mask + acne).

Menurut Dr. Irma Shida, maskne terjadi pada bahagian pipi, hidung dan dagu (iaitu kawasan tertutup apabila memakai pelitup muka).

Ia berpvnca daripada kombinasi lembap, karbon dioksida dan udara suam daripada nafas kita yang menyeb4bkan bakteria berkumpul terutama yang punyai kulit sensitif.

Jadi, apa kata anda ikuti langkah-langkah penjagaan wajah bagi mengelakkan atau mengurangkan jerawat pada muka.

Kalau keluar rumah dalam tempoh masa yang lama pastikan untuk selalu menukar pelitup muka dengan yang baru.

Jangan pakai pelitup muka sama dari pagi sampai malam.

Cuci pelitup muka

Kalau pakai pelitup muka jenis kain, pastikan anda mencuci ia setiap hari. Jangan tak basuh sampai seminggu!

Kurangkan make up

Kalau anda jenis yang memakai make up setiap hari, mungkin anda patut kurangkan ia apabila memakai pelitup muka terutama foundation.

Bila make up tebal tambah pelitup muka pula, pori-pori akan tersumbat dan terjadilah jerawat.

 Guna produk penjagaan kulit antibakteria

Oleh kerana maskne terjadi kerana perkumpulan bakteria, anda perlu mencari produk penjagaan kulit yang ada bahan antibakteria.

Misalnya madu dan frankincense.

Cari produk yang melembutkan kulit

Apabila kulit tengah ‘imflamed’ dengan jerawat, anda perlu menggunakan produk yang mengandungi bahan yang boleh menenangkan kulit.

Antaranya centella, seaweed dan calendula.

Anda juga boleh mencari bahan yang melembutkan kulit menerusi carian di Internet.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber :Gempak

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Muka Berjerawat Sebab Pakai Mask?, Sila Ikut 5 Kaedah Penyelesaian Ini…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*