Sangat Menyentuh Hati Melihat Seorang Tukang Sapu ‘Luah’ Rasa Rindu Terhadap Isteri Melalui Bentuk ‘Love’ Dari Daun Kering Di Lantai

Sebuah foto yang memaparkan seorang pekerja pembersihan di Dubai menyusun timbunan daun pokok yang gvgur sehingga menjadi bentuk hati telah tvlar di media sosial.

Foto yang dikongsikan melalui portal Lovin Dubai sahaja berjaya mendapat tanda suka sebanyak lebih daripada 14,000 kali. Dan kini, subjek pada gambar tersebut, serta apa yang dia rasakan pada hari gambar itu dit4ngkap dided4hkan.

Sejak gambar itu tersebar, Ramesh Gangarajam Gandi (pekerja pembersihan dalam gambar) telah ditemui dan telah dihadiahkan dengan sedikit token daripada Kementerian Pembangunan Komuniti Dubai.


Menurut Lovin Dubai, Ramesh Gangarajam Gandi, 30, yang bekerja sebagai petugas pembersihan menyatakan bahawa, pada ketika gambar itu diambil, dia sedang memikirkan tentang rumahnya. Dia sedang memikirkan berkenaan apa yang keluarganya sedang buat, bagaimana keadaan mereka, namun yang paling difikirkan sekali adalah, kerinduan terhadap isterinya, lap0r media tempatan.

Selepas berkahwin pada tahun 2019, dia hanya sempat menghabiskan masa selama sebulan sahaja bersama isterinya sebelum terpaksa berpindah ke Dubai. Katanya, dia gembira dengan pekerjaannya sekarang dan kehidupannya di Dubai, namun disebabkan C0vid-19, dia meng4lami kesvkaran untuk balik ke kampung halaman dan pangkuan keluarganya.

Sejak ceritanya menjadi tajuk utama, Gandi telah diberikan sedikit hadiah daripada Kementerian Pembangunan Komuniti Dubai untuk membantu meringankan bebannya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber :Siakap Keli

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Sangat Menyentuh Hati Melihat Seorang Tukang Sapu ‘Luah’ Rasa Rindu Terhadap Isteri Melalui Bentuk ‘Love’ Dari Daun Kering Di Lantai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*