”Bertemu Jodoh yang Baik”-Neelofa Berdeb4r Tunggu Tayangan Episod Pertama Lalu Yang Menampilkan Hans Isaac Kerana….

SELEPAS tidak lagi mengacarakan program MeleTop, selebriti terkenal, Neelofa, 31, kembali dalam bidang pengacaraan apabila muncul dengan program Next To Neelofa yang mula bersiaran sejak Khamis lalu.

Ia sekali gus mengvbat kerinduan peminat Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor yang mahukan dirinya mengacara semula di kaca TV.

Menariknya, program berdurasi satu jam itu memaparkan cerita dan perkongsian eksklusif daripada tetamu jemputan.

Menurut Neelofa, dia berdebar menantikan tayangan episod pertama lalu yang menampilkan bekas Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Datuk Hans Isaac.

“Sejujurnya, kecvt perut juga masa nak tunggu episod pertama ditayangkan. Malah, ketika ia ditayangkan saya berdeb4r. Bukan apa, saya risau jika program ini tidak dapat diterima khalayak semasa kerana MeleTop diterima baik.

“Tapi, sepanjang siaran dan selepas habis, saya lebih daripada bersyukur. Maklum balas diterima bagus. Saya sangat puas hati. Saya berharap rancangan ini ditonton semua,” katanya.

Buktinya, episod pengenalan pada 23 Julai lalu yang ditayangkan di saluran Astro Ria dan Ria HD itu menjadi ‘trending’ di Twitter.

Neelofa yang juga pelakon Suri Hati Mr Pilot berkata, idea menghasilkan program itu timbul sejak lima tahun lalu.

Namun, disebabkan kekangan masa ditambah dengan komitmen kerjaya lain, perkara itu terpaksa dilupakan seketika sehingga pihak Astro menyuarakan perkara itu.

“Idea untuk program ini saya dapat sejak lima tahun lalu. Daripada pihak Astro pula ia tercetvs ketika hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong lalu. Kalau ikutkan program ini dibuat lebih awal lagi, tapi saya minta tvnda dulu.

“Sehingga pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) perkara ini tertvnda lagi. Tapi, selepas itu pihak Astro terus memberikan tarikh bagi kami memulakan penggambaran. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar.

“Kalau ikutkan untuk musim pertama ini ada lapan episod saja, tapi disebabkan pihak Astro berpuas hati dan suka, jadi tambah empat episod lagi. Insya-Allah, pihak penerbitan juga dalam perancangan untuk musim kedua,” katanya.

Dalam masa sama, Neelofa juga berkongsi pemilihan nama program itu mengambil masa yang panjang.

“Nak mencari tajuk program ini makan masa berbulan. Saya nak buat program ini kalau ada pemb4bitan saya secara langsung dan bukan menjadi hos semata-semata. Saya bersetuju kalau betul-betul mempunyai pasukan berkuali
SELAIN Hans, Next To Neelofa turut tampil Chryseis dan Ella dalam episod yang sudah dirakam.

“Jadi, tajuk ini ringkas dan mudah difahami selain kedengaran eksklusif dan premium. Malah, dengan adanya nama saya ia ada kelainan. Sebelum itu, ada juga beberapa tajuk lain, tapi ini yang dirasakan terbaik dan dipersetujui ramai. Selain itu, senang orang nak ingat nama rancangan ini,” katanya.

Selain Hans, episod yang sudah dirakam turut menampilkan beberapa figura terkenal lain seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Rizalman Ibrahim, Puan Sri Tiara Jacquelina, Ella dan Chryseis Tan.

“Setiap individu yang ditemu bual ada aura berbeza. Jadi ada inspirasi berbeza daripada setiap mereka. Malah, ada perkongsian eksklusif menjadikan rancangan ini sedikit berbeza.

“Insya-Allah, pada musim akan datang saya cuba nak membawakan artis dari luar negara pula seperti Bunga Citra Lestari, Syahrini, Krisdayanti dan ramai lagi. Apa pun, kena tunggu sehingga wab4k C0vid-19 ini reda.

“Malah, pihak produksi juga dalam proses cuba mendapatkan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Insya-Allah,” katanya.

Mungkin kahwin tiga atau empat tahun lagi

Tidak lepas dari persoalan jodoh, Neelofa sekali lagi menegaskan dia akan berkongsi perkara itu jika semuanya sudah kukuh dan mendoakan yang terbaik daripada semua.

“Soal kahwin bagi saya terlalu sangat banyak versi cerita dan saya dikaitkan dengan beberapa orang sebelum ini. Tidak akan saya kongsi atau berikan kata pvtus selagi itu (berkahwin) tidak terjadi dalam hidup saya.

“Saya akan beritahu rakan media, akan kongsi kalau perkara yang baik ini akan berlaku. Saya gemar untuk kongsikan ia dengan semua orang.

“Apa yang boleh saya minta sekarang ialah doa yang baik. Contohnya supaya saya menjadi anak, isteri dan bertemu jodoh yang baik. Itu saja yang saya minta. Tak mahu orang buat g0sip, buat telahan itu dan ini,” katanya.

Menurut Neelofa, ramai beranggapan pada usia sekarang adalah masa terbaik untuk dia berumah tangga.

“Kalau nak diikutkan pada usia saya sekarang, memang logik untuk berkahwin. Memang relevan untuk ditanya hal itu.

“Kalau ditanya, sejujurnya, saya mungkin akan mendirikan rumah tangga dalam tiga atau empat tahun lagi mengenangkan komitmen lain yang perlu saya selesaikan.

“Bagaimanapun, ia mengikut kepada situasi, misalnya apa yang berlaku sekarang dan sebagainya,” katanya.
NEELOFA akui berdebar tunggu respons tayangan sulung program Next To Neelofa Khamis lalu.

Ditanya mengenai g0sip yang mengaitkan dirinya dengan pendakwah bebas yang juga pelakon, PU Riz, Neelofa berkata, dia sudah lama mengenali pelakon filem Ada Apa Dengan Dosa itu.

Dalam masa sama Neelofa menyifatkan, Riz sebagai pendakwah muda yang bagus, bijak dan mempunyai tarikan tersendiri.

“Kami sudah saling bekerjasama sejak tiga ke empat tahun lalu. Malah, selepas isv pelancaran tudung di sebuah pusat hiburan dulu pun, sejak itu kami banyak lakukan bersama.

“Misalnya bersama dengan Ustaz Tarmizi dan Haris (PU Riz) sendiri. Kebanyakan program yang dilakukan tidak memb4bitkan media dan hanya tertumpu kepada pasukan Naelofar Hijab. Jadi ia tidak terlalu dided4hkan.

“Malah, sebelum ini pun ada juga kami lakukan bersama seperti majlis berbuka puasa dan sesi tazkirah. Cuma sekarang ada yang kaitkan mungkin kerana pemb4bitannya lebih kerap. Contohnya menerusi Pertubuhan Kasih Neelofa, Haris adalah sebagai jurucakap pertubuhan ini. Boleh dikatakan, dua ustaz ini antara individu yang kerap saya bekerjasama.

“Dia seorang yang mempunyai asas agama yang bagus. Maksudnya, bagi saya dia seorang pendakwah yang boleh menarik minat ramai untuk mendengar. Ia satu perkara yang mungkin tidak ramai orang ada. Dia juga bijak,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "”Bertemu Jodoh yang Baik”-Neelofa Berdeb4r Tunggu Tayangan Episod Pertama Lalu Yang Menampilkan Hans Isaac Kerana…."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*