Dua Juta Kenderaan Dijangka Bergerak Mulai Hari Ini

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menjangkakan pergerakan kira-kira dua juta kenderaan mulai hari ini sehingga Ahad ini sempena Hari Raya Aidiladha, Jumaat ini.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata, susulan itu, seramai 1,450 pegawai dan anggota polis akan ditugaskan untuk mengawal lalu lintas di seluruh negara dalam Op Lancar sepanjang empat hari berkenaan.

Beliau berkata, pegawai dan anggota polis akan ditempatkan untuk memantau aliran trafik di kawasan ‘hot spot’ dan lebuh raya yang dikenal pasti akan mengalami keses4kan.

Mengulas mengenai aliran trafik di lebuh raya, Azisman berkata, aliran trafik bergerak perlahan menuju pantai timur di Plaza Tol Gombak kira-kira 2.30 petang tadi.

“Terdapat kesesakan berlaku kira-kira enam kilometer di sepanjang jalan berkenaan. Saya menasihatkan kepada semua yang memandu supaya bersabar dan berhati-hati,” katanya kepada Bernama, hari ini.

Sebelum ini, Bernama melaporkan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan tiada sekatan perjalanan dan orang ramai boleh pulang ke kampung masing-masing bagi menyambut Hari Raya Aidiladha.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Dua Juta Kenderaan Dijangka Bergerak Mulai Hari Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*