Jerung Mako Mengg4nas Dan Hampir Mendarat Di Dalam Bot Nelayan

Buat golongan nelayan, melihat aksi dan pergerakan ikan di laut dalam semestinya merupakan perkara biasa dan tidak begitu mengujakan.

Tetapi tidak bagi aksi lompatan ataupun akrobatik ikan jerung Mako ini, sehinggakan ada individu yang sempat merakamkannya!

Baru-baru ini, seorang nelayan berjaya merakamkan video yang menunjukkan seekor ikan jerung Mako yang melompat keluar daripada permukaan air dan hampir sahaja mendarat di dalam bot pemancing.

Kejadian berkenaan difahamkan berlaku di kawasan perairan di Australia, di mana ikan berkenaan dilihat melakukan lompatan setinggi kira-kira 20 kaki.

Ianya merupakan satu ‘bakat atlet1sme’ yang luar biasa! Untuk makluman, jerung Mako ini merupakan baka jerung terpantas di dunia – hampir 50 batu per jam.

Menurut pakar, Dovi Kacey, ikan jerung Mako ini lazimnya tidak akan melompat keluar daripada permukaan air melainkan dipancing.

Dan jika terkena mata kail, maka ikan jerung Mako akan melakukan aksi lompatan berkenaan dalam cubaan untuk me0loskan dirinya.

Tetapi ada juga aksi lompatan jerung ini yang hanya dibuat secara bebas tanpa melib4tkan mana-mana kegiatan pemancing yang cuba memancingnya.

Dalam rakaman video ini, tidak dapat dipastikan pula sebab utama ikan jerung tersebut melompat keluar daripada air – sama ada terkena mata kail atau sengaja melompat.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Era Baru

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Jerung Mako Mengg4nas Dan Hampir Mendarat Di Dalam Bot Nelayan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*