Najib Razak Bayar Ikat Jamin 1 Juta Hari Ini. Tapi Ramai Tertanya Dari Mana Datang Duit Jaminan Itu

KUALA LUMPUR: Sehari selepas didapati bersalah atas tujuh tudvhan membabitkan SRC International Sdn Bhd oleh Mahkamah Tinggi, Datuk Seri Najib Razak hadir sekali lagi membayar ikat jamin sebanyak RM1 juta.

Terdahulu, bekas Perdana Menteri itu hadir pada jam 1 tengah hari ditemani anak lelakinya, Norashman, selaku penjamin.

Kira-kira setengah jam kemudian, Najib dilihat keluar dari kaunter Pendaftaran Jen4yah Mahkamah Tinggi selepas selesai membayar ikat jamin.

Sebelum beredar meninggalkan perkarangan mahkamah, Najib sempat berseloroh kepada petugas media yang menunggu dengan berkata, “semalam dah banyak gambar.

Najib kemudian beredar dari mahkamah dengan menaiki kereta Proton Perdana.

Najib, 67, membayar ikat jamin RM1 juta itu selepas mahkamah membenarkan permohonan pembelaan untuk menangguhkan hukvman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan.

Mahkamah turut memerintahkan Najib melaporkan diri di balai polis berdekatan dua kali sebulan.

Mahkamah Tinggi, di sini, semalam, menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib, selepas didapati bersalah atas tujuh tudvhan salah guna, pec4h amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC berjumlah RM42 juta.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munas4bah terhadap kesemua pertuduhan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber: BH Online

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Najib Razak Bayar Ikat Jamin 1 Juta Hari Ini. Tapi Ramai Tertanya Dari Mana Datang Duit Jaminan Itu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*