Polis Perak Sudah Bersiap Siaga Untuk Menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim Yang Berlangsung Bulan Hadapan…

POLIS Perak sudah bersiap siaga untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim yang berlangsung bulan hadapan.

Ketua Polis Perak Datuk Razarudin Husain berkata, anggotanya sudah melawat semua Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang berada di DUN berkenaan.

“Kita memang sudah bersedia, kursus Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) yang dijalani oleh anggota sebelum ini juga menjurus kepada persediaan kepada PRU atau PRK.

“Anggota sedia ada setakat ini mencukupi dan logistik juga bersedia bagi menentukan PRK ini dapat berjalan dengan lancar,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di Ipoh, hari ini.

Razarudin berkata, persediaan juga termasuk dari aspek memastikan mereka yang terbabit mematuhi prosedur operasi standard (SOP) C0vid-19.

“Walaupun kita akan berhad4pan dengan PRK tetapi pasukan untuk Covid-19 tetap akan diteruskan dan kita akan mengambil tindakan yang sepatutnya.

“Ia bagi menentukan bahawa rant4ian w4bak C0vid-19 ini tidak menjadi satu kluster baharu pula nanti,” katanya

PRK DUN Slim akan diadakan 29 Ogos berikutan kem4tian peny4ndangnya Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, 59, 15 Julai lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 15 Ogos sebagai hari penamaan calon dan diikuti pengundian awal pada 25 Ogos dan pengundian sebenar pada 29 Ogos.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Polis Perak Sudah Bersiap Siaga Untuk Menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim Yang Berlangsung Bulan Hadapan…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*