”Sed1h Digelar Perempuan Murahan”-Alya Iman

Masih hang4t diperkatakan mengenai kont0versi terp4lit dirinya dengan bekas kekasih yang berstatus suami orang, pelakon baru Alya Iman akui sedih apabila ada segelintir net1zen mengg3lar dirinya sebagai perempuan murahan.

Menurut Alya, dia kini bekerja sebagai Eksekutif Komunikasi Korporat untuk menyara kehidupan dan bukan hanya bergantung dengan pendapatan berlakon serta sebagai model sahaja. Ujarnya lagi, dia mula bekerja sejak Jun lalu dan kekasihnya, Ridhwan Rosli merupakan rakan sekerjanya.

“Saya sedih apabila ramai mengatakan kehidupan saya seolah-olah perempuan murahan dan tidak mempunyai kehidupan yang normal.

“Sekarang Alhamdulillah selain berlakon dan modelling saya bekerja di pejabat. Saya mula kerja di situ pada bulan Jun dan Ridhwan juga merupakan rakan sekerja saya.

“Saya perlu minta kebenaran dulu untuk cuti berlakon atau modelling. Saya bersyukur ada rakan sekerja yang sentiasa menyokong. Lebih-lebih lagi dengan kontr0versi yang melanda,” katanya kepada Gempak.

“Saya percaya semua ni ada hikmahnya. Cuma saya khuatir kalau ini boleh jejaskan rezeki saya dalam lakonan dan modelling.

“Alhamdulillah, setakat ini belum ada tawaran berlakon atau modelling ditarik disebabkan kontroversi ini,” katanya lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Rotikaya

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "”Sed1h Digelar Perempuan Murahan”-Alya Iman"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*