50,000 Kenderaan Memasuki Terengganu Hari Ini

LEBIH 100,000 kenderaan dijangka menggunakan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), hari ini dengan 50,000 daripadanya menuju ke Terengganu.

Ketua Polis Terengganu Datuk Roslee Chik berkata, pihaknya menjangkakan keses4kan di lebuh raya berkenaan bermula Jabor hingga ke Plaza Tol Kuala Terengganu berlaku hingga tengah malam.

Menurutnya, anggota ditempatkan untuk melakukan rondaan berkala bagi memastikan keadaan trafik lancar.

Beliau juga menasihati orang ramai supaya mengambil rehat yang cukup sebelum memulakan perjalanan dan menggunakan kemudahan disediakan pengendali lebuh raya.

“Berhenti di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) yang disediakan jika mengantuk atau kelet1han bagi mengelak berlaku kejadian tidak diingini seperti kemalangan dan sebagainya,” katanya.

Roslee berkata, Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang berkuat kuasa masih memerlukan orang ramai untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terutama memakai pelitup muka dan menjaga jarak sosial.

Dalam masa sama, katanya, anggota yang melakukan rondaan akan memeriksa kawasan R&R memastikan pengguna mematuhi SOP.

“Keseluruhannya, 30 pegawai dan 183 anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Terengganu (JSPT) ditugaskan mengawal trafik sama ada di lebuh raya atau laluan persekutuan,” katanya.

Sementara itu, tinjauan di Plaza Tol Kuala Terengganu di Kampung Gemuroh dekat Kuala Nerus mendapati berlaku kesesakan lebih tiga kilometer.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "50,000 Kenderaan Memasuki Terengganu Hari Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*