“Alasan dia kahwin lain sebab nak bantu kewangan keluarga” – Ibu Mertua Kes4l Anak Dicer4i Imam Muda Syed Faris Selepas Nikah Wanita Lain

SELEPAS pendakwah bebas PU Abu dan Dai Farhan, kali ini finalis Imam Muda 2014, Syed Mod Faris Syed Roslan pula dih1mpit kontr0versi rumah tangga.

Syed Faris, 34, mencera1kan isterinya Nur Hidayu Rosly, 33, dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya pada 28 Mei lalu.

Ibu kepada Nur Hidayu yang mahu dikenali sebagai Zainab, 60, mengesahkan perkara itu dan menyifatkan bekas menantunya sebagai tidak bertanggungjawab.

Wanita itu turut mend4kwa Syed Faris sudah beberapa kali kant0i berlaku cur4ng terutamanya ketika Hidayu sedang ham1l.

Syed Faris bersama isteri dan anak mereka.

Apa yang dikesalkan kata Zainab apabila mengetahui Syed Faris berpoligami dengan alasan untuk membantu kewangan keluarga.

“Alasan yang dia bagi pada saya apabila saya tanya kenapa kahwin dengan perempuan tu, dia kata untuk menjana ekonomi dan bantu kewangan keluarga.

“Dia kata perempuan tu pandai buat bisnes online selain untuk elak berlakunya maks1at,” ujarnya.

Syed Faris merupakan finalis Imam Muda musim kedua.

Bagaimanapun, Zainab reda dengan ketentuan dan ujian berat yang dilalui oleh anaknya itu sepanjang 13 tahun perkahwinan.

Nur Hidayu menerusi sebuah laporan mendedahkan sudah berpisah dan mendakwa dikasari oleh madunya selepas Syed Faris bercadang untuk menceraikan salah seorang daripada mereka.

Alasan dia kahwin dengan perempuan itu adalah untuk bantu kewangan keluarga.

NUR HIDAYU

IBU NUR HIDAYU

Dalam laporan itu, Nur Hidayu mendedahkan Syed Faris hanya memaklumkan dia berkahwin lain hujung Januari lalu ketika dia baharu melahirkan anak kelima mereka.

Dia turut menyedari perubahan mendadak suaminya yang sering pulang lewat malah tidak pulang langsung ke rumah selain Syed Faris juga dikatakan tidak lagi memberikan wang nafkah.

Syed Faris memberi alasan perkahwinan keduanya adalah untuk membantu kewangan keluarga.

Bagaimanapun, Nur Hidayu berkata Syed Faris pernah menyatakan hasratnya untuk berkahwin lagi namun dihalang Nur Hidayu kerana memikirkan anak-anak mereka.

Syed Faris dan Nur Hidayu berkahwin pada 2007 dan dikurniakan lima orang anak iaitu Sharifah Aisyah, 12, Syed Husayn, 10, Sharifah Fatimah, 5, Syed Muawiyyah, 3, dan Sharifah Safiyyah, lapan bulan.

Sepanjang perkahwinan mereka, Nur Hidayu pernah mengalami kegugvran sebanyak empat kali.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : mstar

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "“Alasan dia kahwin lain sebab nak bantu kewangan keluarga” – Ibu Mertua Kes4l Anak Dicer4i Imam Muda Syed Faris Selepas Nikah Wanita Lain"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*