Kes C0vid-19 Dikesan Di Sekolah Rendah Di Sabah, Tunggu Keputusan Kementerian Pendidikan…

KEPUTUSAN sama ada membenarkan atau tidak murid hadir ke sebuah sekolah rendah di Sabah sedang dalam pertimbangan Kementerian Pendidikan susvlan satu k3s positif C0vid-19 memb4bitkan seorang murid dik3san.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau difahamkan perkara itu sedang di dalam penelitian kementerian terbabit dan keputusan mengenainya dijangka diumumkan dalam waktu terdekat.

“Saya difahamkan Kementerian Pendidikan sedang meneliti dan mempertimbang sama ada untuk membenarkan atau tidak membenarkan lagi murid tahun rendah iaitu tahun satu, dua dan tiga atau pelajar yang sedang mengambil peperiksaan, saya percaya ia akan diumumkan Kementerian Pendidikan. Jadi kita tunggulah,” katanya pada sidang media harian hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, pelaksanaan mewajibkan pemakaian pelitup muka dalam kenderaan awam dan di tempat terbuka akan diser4hkan kepada polis.
“Seperti mana kita tahu, bermula 1 Ogos, kita mewajibkan untuk individu yang berada dalam kenderaan awam dan kenderaan awam untuk memakai pelitup muka. Apabila kita kata wajib, jika melanggar peraturan, akan dikenakan tindakan.

“Walaupun dari segi pelaksanaan, terpulang kepada budi bicara polis. Kalau biasanya dulu-dulu pada peringkat awal, akan diberi nasihat. Polis mengenakan kompaun serta-merta dan boleh beri nasihat juga. Jadi kita serah kepada budi bicara polis,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Kes C0vid-19 Dikesan Di Sekolah Rendah Di Sabah, Tunggu Keputusan Kementerian Pendidikan…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*