Shuib Mahu Taja Dr Noor Hisham Melancong Dalam Negara

Hampir berbulan-bulan lamanya bertungkus lumus melawan pandemik COVID-19, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah antara figura yang sering kita nantikan untuk mengetahui perkembangan terbaru setiap hari.

Sebagai tanda terima kasih kepada Dr Noor Hisham, pelawak Shuib Sepahtu menawarkan penajaan percutian dalam negara untuk beliau.

Tawaran tersebut dibuat secara spontan oleh Shuib ketika sesi dialog bersama media dalam menangani wabak pandemik COVID-19 semalam.

“Ada plan (perancangan) nak cuti?

“Kalau Datuk nak bercuti saya sanggup sponsor (taja), tetapi jangan luar negara mahal, dalam negara ok,” katanya.

Bagaimanapun, Dr Noor Hisham sambil tersenyum memberitahu beliau lebih selesa untuk berehat di rumah selepas penat bekerja. Ujarnya, beliau memiih untuk menghabiskan masa di rumah daripada pergi berjalan.

“Isu dia bukan soal bercuti, cuti untuk rehat di rumah saja, kalau kerja 20 jam sehari banyak masa berehat di rumah saja daripada pergi berjalan sini berjalan sana.

“Bukan saya saja penat, tetapi semua petugas barisan hadapan sebab kita sudah bekerja tujuh bulan tanpa henti, tetapi ketika kes makin berkurangan saya benarkan mereka take a break,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata ketika ini pihaknya bimbang peningkatan mendadak kes baharu C0vid-19 yang memerlukan pasukannya bekerja keras semula.

“Saya hanya mewakili 250,000 petugas KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia), jadi kerjasama padu antara kami dengan satu matlamat iaitu memutvskan jangkitan Covid-19 dalam negara,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Shuib Mahu Taja Dr Noor Hisham Melancong Dalam Negara"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*