”Bosan Dah Hidup Bujang, Jadi Saya Trylah Kahwin” – Soloz

Faris Zakaria, 26 tahun atau ‘Maharaja Soloz’ yang sekarang mencipta fenomena tersendiri sebagai atlet e-sukan dan juga streamer Facebook Gaming.

Baru-baru ini beliau selamat berkahwin dengan pilihan hatinya secara tiba-tiba. Ia menjadi persoalan dan tanda tanya bagi peminat soloz.

Soalan 1: Kenapa tiba-tiba kahwin! Ramai rakyat malaysia terkejut bila lihat gambar soloz dah kahwin

Soloz:

Dulu dah biasa hidup bujang. Busy, hari-hari kerja pagi petang. Balik rumah tidur. Hari-hari macam itu rutin. Jadi macam bosan pulak. Jadi sebab itu try nak kahwin. Then aku telifon mak ayah yang aku nak kahwin. Mak pun cakap okey tanpa banyak soal. Sepatutnya majlis perkahwinam itu sebelum PKP (Perintah Kawalan Pegerakan).

Soalan 2: Kenapa tak bagitahu peminat terlebih dahulu?

Soloz 2:

Malas! Saya rasa benda itu (Perkahwinan) sesuatu yang privacy. Ia melibatkan privacy wife, keluarga dia. Risau keluarga isteri fikir takkan semua benda nak bagitahu. Keluarga isteri suka relax-relax tak suka heboh sangat.

Soalan 3: Apa perubahan selepas kahwin

Soloz 3:

Rasa lebih bertanggungjawap. Dulu makan sorang jer, sekarang kena fikir wife pula. Sebelum ini suruh orang belikan. Sekarang diri sendiri belikan.

Soalan 4: Macam mana kenal isteri?

Soloz 4:

Saya kenal wife masa belajar. Masa itu belajar dekat Perlis. Bila dah habis belajar itu kita balik negeri masing-masing kan. Bila dah jauh itu, ada lah sms dia. Nak jumpa dulu memang jarang. Jumpa pun sebab nak sambut hari jadi wife. Kalau jumpa pun, abang dia akan ada selalu. So dating dengan abang dia sekali. Lagi kelakar sebenarnya saya, wife dan abang dia satu kelas masa belajar.

Menurut soloz, isterinya jenis tak tengok movie dan tak pernah tengok drama. Dia pun tak tahu apa isterinya buat dalam seharian.

Menambah lagi, isterinya seorang yang penyabar dan sangat baik menjaga makan minum dan pakaiannya. Isterinya sempat nasihat supaya buatlah apa-apa kerja asalkan jangan buat perkara bukan-bukan. Erti kata lain, isterinya sangat mempercayainya.

Semoga penikahan soloz berbahagia selalu hendaknya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Pen Merah Dot Com

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "”Bosan Dah Hidup Bujang, Jadi Saya Trylah Kahwin” – Soloz"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*