“Saya Juga Adalah Dari Keluarga Yg Bercer4i…” – Neelofa Mula ‘Bersuara’ Dan CakAp Pasal Bekas Abg Ipar

Neelofa yang juga pengacara terkenal menyifatkan bekas abang iparnya yang juga pelakon, Sharnaaz Ahmad sebagai bapa bertanggungjawab terhadap anak hasil perkongsian hidup dengan kakaknya, Noor Nabila iaitu Jebat Jayden.

Neelofa berkata, Sharnaaz mengorbankan masa hampir setiap hari untuk berjumpa dan bersama Jebat dan perkara itu perlu dijadikan contoh oleh pasangan yang melalui pengalaman sama.

” K3s mereka sudah berlarutan lama sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Jadi, apabila sudah selesai saya turut bersyukur dengan keputusan mereka berdua.

” Dalam masa sama saya rasa ada hikmah kenapa perkara ini diperlambatkan.

” Sebab dalam waktu itu hubungan Nabila dan Sharnaaz sangat pulih dari segi ‘co-parenting’.

” Sharnaaz seorang ayah yang sangat bertanggungjawab yang saya rasa korbankan masa dia hampir setiap hari untuk jumpa anak.

” Perkara itu perlu dijadikan contoh kepada mereka yang berc3rai ada anak tapi kena ada masa untuk pergi jumpa.

” Sebab saya juga adalah dari keluarga yang berc3rai yang mana mak dan ayah saya berpisah dan saya dibesarkan oleh ibu dan dia menjadi ibu tunggal selama beberapa tahun.

” Tapi, untuk seorang ayah datang tengok anak macam itu dengan kerap bukan mudah.

” Saya harap satu hari kalau Jebat tahu benda ini dan tengok rakaman video ini dia akan hargai.

” Orang yang dengar ini pun yang ada anak dan berc3rai, kena juga ambil masa sebab ia sangat penting untuk anak itu hargai jalinan yang diberikan,” katanya.

Ditanya sejauh mana hubungan dengan pelakon filem Juvana itu, Neelofa yang baru muncul dengan program Next To Neelofa berkata, dia mahu menjadi neutral sahaja.

” Kalau boleh tak nak masuk campur. Saya harap dia dan Nabila kalau boleh duduk baik-baik, cakap baik-baik, komunikasi baik-baik dan ‘co parenting’ elok-elok, itu sudah cukup bagi saya.

” Tak perlulah saya nak menjadi kawan baik atau mvsuh. Saya hanya menjadi neutral saja, itu lebih baik,” katanya.

Terdahulu, Sharnaaz Noor Nabila sah berc3rai pada 9 Julai lalu secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Pasangan itu berkahwin pada 31 Mac 2017 di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang bakal menginjak usia dua tahun Ogos ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : OBulan

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "“Saya Juga Adalah Dari Keluarga Yg Bercer4i…” – Neelofa Mula ‘Bersuara’ Dan CakAp Pasal Bekas Abg Ipar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*