46 Kenderaan Sudah Diarah Berpatah Balik

SEBANYAK 46 kenderaan diarah berpatah balik kerana tidak memiliki surat kebenaran polis untuk merentas antara Zon 1 dan Zon 2 dalam sekatan jalan raya di Simunjan dan Sri Aman sejak kelmarin.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, sebanyak 1,834 kenderaan diperiksa ketika melalui dua zon itu.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 1,788 daripadanya mendapat kebenaran untuk bergerak antara dua zon terb4bit.

“Sebanyak 46 lagi terpaksa diarah berpatah balik kerana gagal mematuhi ketetapan iaitu mesti memiliki surat kebenaran daripada polis.
“Zon 1 adalah kawasan yang dikategori sebagai Zon Kuning pandemik C0vid-19 iaitu Kuching, Samarahan dan Serian manakala Zon Hijau pula ialah Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Kapit, Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, polis juga mengeluarkan sebanyak 16 notis kompaun kepada individu yang gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Notis kompaun itu dikeluarkan di Mukah (5), Bintulu (4), Miri (3), Padawan (2), Sarikei (1) dan Samarahan (1).

“Polis akan terus memperketatkan SOP termasuk pemakaian pelitup muka di tempat awam,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "46 Kenderaan Sudah Diarah Berpatah Balik"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*