”Kenderaan Persendirian Tak Perlu Pakai Mask”-Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

INDIVIDU yang menaiki kenderaan persendirian dan tidak memakai pelitup muka, tidak akan dikompaun, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sebaliknya beliau berkata, hanya mereka berada di tempat awam yang sesak seperti pasar, panggung wayang dan lokasi pelancongan serta menaiki pengangkutan awam sahaja diwajibkan memakai pelitup muka.

“Semalam tul4r di media sosial, ada (individu) yang dikenakan kompaun (tidak pakai pelitup muka) dalam kenderaan persendirian dan itu tidak betul.

“Individu yang menaiki kenderaan persendirian tidak perlu memakai pelitup muka dan tidak perlu juga diambil tind4kan.

“(Jadi) bagi mereka yang sudah membayar kompaun itu di pejabat kesihatan, mereka boleh menuntut semula wang berkenaan (kompaun dibatalkan),” katanya dalam sidang media harian mengenai Perintah Kawalan Pergerakan berikutan C0vid-19, hari ini.

Ismail Sabri berkata, pihaknya percaya polis mempunyai budi bicara untuk mengeluarkan kompaun berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Begitu juga bagi mereka yang berada di tepi pantai, kalau dia seorang duduk di situ dan tiada keses4kan, tidak perlu dis4man.

“Contoh lain, padang bola adalah tempat awam, tetapi berkeluasan besar yang mampu dilakukan penjarakan fizikal, jadi tidak perlu dikenakan kompaun juga,” katanya yang menegaskan, pelitup muka diwajibkan bagi kawasan yang sesak dan penggunaan pengangkutan awam.

Dalam pada itu, beliau berkata, kanak-kanak berusia dua tahun ke bawah juga tidak diwajibkan memakai pelitup muka kerana dikhuatiri boleh menyebabkan mereka lemas.

Katanya, ibu bapa perlu memainkan lebih bertanggungjawab dengan tidak membawa anak yang masih kecil di tempat awam yang sesak.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "”Kenderaan Persendirian Tak Perlu Pakai Mask”-Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*