Syatilla Melvin Hadiahkan Gelang Emas Besar Buat Ibu

Sebagai anak, pasti kita mahu membahagiakan ibu bapa yang sudah berpenat lelah membesarkan kita sehingga dewasa. Menerusi perkongsian di Instagram, Syatilla Melvin tidak menyangka dapat menghadiahkan gelang emas buat ibunya yang tersayang.

Dalam video yang dimuat naiknya itu, Syatilla membuat kejutkan menghadiahkan ibunya gelang emas besar hasil titik peluhnya berniaga. Ujarnya, sejak dulu lagi dia mengutamakan ibunya dan berkat doa ibunya juga dia kini berjaya serta dimurahkan rezeki.

“Dahulukan yang tercinta. Dulu rasa mustahil dapat masuk kedai emas dan terus beli tapi Allah memang maha adil.

“Bila kita utamakan orang tersayang lebih dari diri sendiri Allah balas dengan semua bentuk bahagia dan rezeki melimpah-melimpah bagai ke ladang gandum lalu ambik coco crunch makan dengan susu, ya Allah sedapnya.

“Ibu jangan pernah berhenti berdoa untuk keberkatan anak-anak ibu dunia akhirat. I love you,” tulisnya.


Syatilla berharap perkongsiannya itu memberi inspirasi kepada orang lain untuk menjana pendapatan hasil dari titik peluh sendiri. Dalam video tersebut, ibunya sangat gembira dan terkejut apabila menerima gelang emas sebesar itu.

“Moga video ni dapat bagi inspirasi untuk orang-orang di luar sana supaya mula berniaga atau cari duit hasil titik peluh sendiri untuk bahagiakan orang yang tersayang,” katanya lagi.

Diruangan komen, rata-rata netizen memuji pelakon itu seorang anak yang baik dan bangga melihat Syatilla kerana sentiasa menghargai ibunya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Instagram samtilla

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Syatilla Melvin Hadiahkan Gelang Emas Besar Buat Ibu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*