Takut Dikenakan Kompaun, Lelaki Kurang Berkemampuan Ini Mencari Pelitup Muka Di Kawasan Sampah Buat Netizen Seb4k

Pemakaian pelitup muka telah pun diwajibkan bermula 1 Ogos yang lalu, di mana semua individu perlulah memakainya jika berada di kawasan awam yang sesak bagi memutuskan jangkitan C0VID-19.

Namun sering kali kita lupa akan nasib golongan yang kurang berkemampuan. Mereka mungkin tidak dapat membeli pelitup muka. Jadi, apa nasib mereka? Tanpa pelitup muka, mereka akan dikompaun sebanyak RM1,000.

Realiti itulah yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter yang menggunakan akaun @khalids, di mana pemuda itu memuat naik satu foto yang begitu menyentuh perasaan.

“Pakcik nak cari mask. Kalau tak pakai nanti kena saman”, tulis pemuda itu pada foto yang dimuat naiknya.

Menurut Khalid, gambar tersebut diambil di kawasan pasar besar Ampangan yang terletak di Seremban.

Khalid juga berkata bahawa lelaki berkenaan sering kali dilihat berada di kaki jalan sekitar Seremban – berkemungkinan gelandangan.

Simpati dengan nasib lelaki tersebut, Khalid meminta bantuan rakan di Twitter untuk memberikan wang RM50 kepadanya.

Dia juga berjanji akan menggantikan balik wang tersebut menerusi pemindahan wang secara perbankan atas talian.

Berdasarkan tweet berikutnya, Khalid juga menjelaskan bahawa sudah ada insan yang membantu lelaki tersebut.

Khalid juga sempat berpesan bahawa jangan terlalu cepat berasa marah jika terdapat individu yang tidak memakai pelitup muka.

“Kita tak tahu orang lain hidup macam mana”, tulisnya lagi.

Tweet tersebut telah pun menerima lebih 8,000 retweet di samping menerima pelbagai reaksi daripada pengguna Twitter yang lain.

Kasihannya, apalah nasib mereka? Semoga ins1den ini mendapat perhatian yang sewajarnya daripada pihak yang sepatutnya.

Dan sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya lebih peka dan prihatin selain bersedia untuk menghulurkan bantuan di saat ada insan yang memerlukan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Era Baru

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Takut Dikenakan Kompaun, Lelaki Kurang Berkemampuan Ini Mencari Pelitup Muka Di Kawasan Sampah Buat Netizen Seb4k"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*