Amar4n Tegas Jika Pasang Jalur Gemilang Terbalik

TINDAKAN tatatertib dan lebih tegas akan diambil ke atas mana-mana sekolah yang sengaja mempamer Jalur Gemilang terbalik, kata Timbalan Menteri Pendidikan I Datuk Dr Mah Hang Soon.

Malah beliau turut memberi amaran kepada pengurusan sekolah supaya lebih bertanggungjawab dan menghormati Jalur Gemilang yang menjadi lambang kebesaran negara.

“Saya dimaklumkan terdapat sebuah sekolah yang pamerkan Jalur Gemilang secara terbalik dan sudah mengarahkan pegawai saya untuk membuat siasatan serta-merta.

“Saya beri am4ran jikalau terdapat mana-mana pihak sekolah yang terbalikkan bendera secara sengaja, tindakan tatatertib (dan) tegas akan diambil ke atas mereka berdasarkan undang-undang (sedia ada),” katanya menerusi kenyataan di Facebook rasminya.

Beliau berkata, sudah dimaklumkan bahawa kakitangan sekolah itu menyedari kesilapan dilakukan dan sudah memperbetulkan kedudukan bendera serta memohon maaf.

“Dimaklumkan bahawa ia dilakukan secara tidak sengaja oleh pekerja sekolah.

“Jalur Gemilang adalah lambang kebesaran negara dan ia harus diberikan penghormatan yang tertinggi,” katanya.

Jalur Gemilang dipasang terbalik itu dipercayai berlaku di sebuah sekolah rendah di Klang, Selangor dan tular di media sosial.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Amar4n Tegas Jika Pasang Jalur Gemilang Terbalik"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*