Huawei Berjaya Mendominasi Samsung Buat Kali Pertama

BUAT pertama kali, syarikat gergasi Huawei berjaya menamatkan dominasi Samsung sebagai pengeluar telefon pintar terbesar di dunia.

Berdasarkan satu laporan firma kajian pasaran, Canalys menyatakan bahawa untuk suku kedua tahun ini, Huawei menamatkan penguasaan Samsung untuk segmen pengeluar telefon pintar terbesar.

Ia adalah pertama kali untuk tempoh sembilan tahun apabila pasaran dikuasai oleh dua pengeluar peranti paling prolifik iaitu Samsung dan Apple, kini giliran Huawei mengambil alih takhta berkenaan.

Huawei berjaya memasarkan lebih 55.8 juta peranti untuk tempoh April hingga Jun walaupun angka berkenaan lebih rendah sebanyak lima peratus untuk rekod tahunan syarikat berkenaan.

Samsung memasarkan lebih 53.7  juta peranti pintar dan ia memberi kelebihan bagi Huawei biarpun dunia kini berdepan dengan pandermik Covid-19.

Untuk rekod, jumlah jualan di dalam pasaran China untuk peranti Huawei meningkat sebanyak lapan peratus pada suku kedua tahun ini walaupun berdepan dengan kemerosotan pasaran antarabangsa sebanyak 27 peratus dipercayai kerana penularan wabak.

Kejayaan Huawei banyak didorong oleh pasaran di China terutamanya selepas pembukaan semula kebanyakan sektor ekonomi di negara itu selepas dilanda wabak gelombang pertama.

Pakar Analisis Kanan Canalys Ben Stanton berkata, Huawei mengambil sepenuhnya peluang dalam pasaran besar di China berbanding Samsung yang mempunyai pengaruh sangat kecil di negara berkenaan.

“Namun, berdasarkan statistik ini, mungkin sukar untuk Huawei mempertahankan kedudukannya dalam jangka panjang berikutan banyak faktor luaran yang lain namun ia adalah satu kejayaan besar untuk syarikat berkenaan,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Huawei Berjaya Mendominasi Samsung Buat Kali Pertama"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*