Kerani Tidak Sedar Bendera Dipasang Terbalik

BENDERA Malaysia terbalik di sekolah jenis kebangsaan di Kluang sudah dibetulkan.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail berkata, pihaknya membuat siasatan sebaik sahaja dimaklumkan.

“Hasil siasatan di sekolah berkenaan, pagi tadi mendapati ins1den berkenaan berikutan kerani tersilap menaikkan bendera dan ia tidak disedari.

“Namun ia sudah dibetulkan selain nasihat sudah diberikan supaya pihak sekolah lebih berhati-hati selepas ini, ” katanya ketika dihubungi, hari ini

Gambar kejadian itu tular sejak malam tadi dan didakwa dikesan 4.30 petang semalam oleh orang awam yang melalui di hadapan sekolah berkenaan.

Aduan dan teguran dibuat menerusi akaun Facebook sekolah terb4bit, namun sehingga 9 malam tadi bendera berkenaan tidak dibetulkan.

Sementara itu, Pemangku Pengarah Pendidikan Johor, Shaharuddin Saari, berkata, Pejabat Pendidikan Daerah Kluang sudah diarahkan untuk membuat pemeriksaan di sekolah berkenaan.

“Sekolah berkenaan sudah membetulkan pemasangan bendera Malaysia dan turut dinasihatkan supaya lebih berwaspada kerana ia memb4bitkan sent1men awam, ” katanya.

Sebuah lagi ins1den pemasangan bendera terbalik dikes4n di taman perumahan, di Kluang, tvlar sejak pagi tadi.

Abduh ketika dihubungi pula berkata, polis sedang menyiasat k3s berkenaan.

Net1zen di media sosial juga mempersoalkan mengapa ins1den bendera terbalik kerap berlaku ketika bulan kemerdekaan negara bakal berlangsung.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Kerani Tidak Sedar Bendera Dipasang Terbalik"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*