Michael Ang Tak Suka Dengan Penampilan Terkini..Beliau Susut Berat Badan Sebanyak 52 Kilogram

Penampilan terbaru Michael Ang ternyata mengejvtkan ramai apabila penerbit, pengarah dan pelakon itu dilihat semakin langsing dan berat badannya kini semakin susut.

Menerusi perkongsian di Instagram, Michael memuat naik gambar terbaru keadaan dirinya. Bagaimanapun, Michael akui tidak suka akan perubahan yang berlaku kepada dirinya dan berhasrat ingin kembali menjadi gempal seperti dahulu.

“Salam semua. Okay I think my losing weight thingy is getting out of hand. I need to gain back! I don’t like how I look now! Love you all and stay safe!” tulisnya.

Diruangan komen, rata-rata net1zen akui terkejvt dengan perubahan mendadak Michael apabila dia berkongsikan hilang sebanyak 52 kilogram (kg) selepas menjalani pembedahan bariatric sleeve pada tahun 2018.

“Dulu berat saya 128 kg, kini berat badan saya 76 kg. Semenjak melakukan pembedahan terbabit, berat badan saya mula turun secara perlahan-lahan..

Michael berkata, dua tahun sebelum menjalani pembedahan tersebut dia cuba untuk mengamalkan diet tetapi sering gagal. Ujarnya, selepas penbedahan dia tidak mengalami diabetes lagi dan nafas saya tak mengah seperti dulu.


Melihat susuk tubuhnya yang semakin mengecil, Michael akui risau dengan penampilannya. Kata Michael lagi, dia sendiri merasakan kelihatan buruk jika dirinya terlalu kurus.

“Bila orang tegur, mereka berkata mengenai penampilan saya, Sejujurnya, saya sendiri pun rasa tak nak nampak kurus sangat.

“Sebab, saya sendiri rasa saya ‘buruk’ apabila saya kurus sangat. Apa yang penting, saya sudah semakin sihat. Saya juga bersyukur kerana proses ‘pengecilan’ badan saya ini tidak membuatkan kulit saya menjadi menggelebeh,” katanya lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Rotikaya

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Michael Ang Tak Suka Dengan Penampilan Terkini..Beliau Susut Berat Badan Sebanyak 52 Kilogram"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*