Polis Bantuan Dit4han Menc4bul Seorang Remaja Perempuan

ANGGOTA polis bantuan ditahan selepas disy4ki menc4bul seorang remaja perempuan di kawasan tangga sebuah stesen transit aliran ringan (LRT) di Petaling Jaya, hari ini.

Lelaki berusia 36 tahun yang bertugas di stesen berkenaan ditahan pada 12.30 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, polis menerima laporan daripada remaja perempuan berusia 19 tahun, pada 3.30 pagi, 30 Julai lalu.

“M4ngsa mend4kwa dic4bul suspek semasa berada di stesen LRT itu. M4ngsa bersendirian didatangi suspek yang mempelawa menemani m4ngsa atas faktor keselamatan.

“Svspek mengajak m4ngsa duduk di tangga dan mereka mula berbual. Suspek kemudian memaksa m4ngsa bersalam sebelum menc4bul dan beredar meninggalkan m4ngsa.

“Berikutan kejadian itu, m4ngsa mel4rikan diri dan menceritakan kej4dian kepada keluarga apabila sampai di rumah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nik Ezanee berkata, bertindak atas laporan polis menjalankan siasatan dan menahan svspek.

“Soal siasat suspek mengaku bertemu m4ngsa pada hari kejadian namun menafikan menc4bul m4ngsa,” katanya.

Menurutnya, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya untuk permohonan rem4n dan k3s disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Kes3ksaan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Polis Bantuan Dit4han Menc4bul Seorang Remaja Perempuan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*