Beng4ng Hantaran RM25,000 Nak Dibahagi 2 Majlis, Bakal Pengantin Tekad Untuk Tangguh nikah… Biar Pihak Lelaki Kumpul Lagi RM10,000

APABILA berbicara soal perkahwinan, ia bukanlah sekadar penyatuan antara dua insan.

Sebaliknya, banyak lagi aspek lain yang harus diambil kira termasuklah wang ringgit yang akan dibelanjakan untuk merealisasikannya.

Terbaharu, tular di Facebook dan Twitter mengenai luahan seorang wanita berkaitan majlis perkahwinannya yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Ujar wanita itu, wang hantaran berjumlah RM25,000 dari pihak lelaki akan digunakan untuk melangsungkan majlis di pihak keluarganya.

Namun, dia terkil4n apabila bakal suaminya mahu nilai wang itu dikongsi bersama bagi membolehkan satu lagi majlis dijalankan di pihak sana.

“Bulan depan saya nikah hantaran RM25,000. Tapi hubby nak wedding dua tempat. Tempat saya dan tempat pihak lelaki.

“Saya cakap, kalau nak wedding dua tempat, hubby kena tambah duitlah sebab RM25,000 tu wedding tempat saya je.

Wanita itu menyarankan bakal suaminya men4ngguhkan majlis sehingga tahun depan untuk mencari wang tambahan. (Gambar Hiasan)

“Kan awal-awal dah minta RM25,000 jadi itu hak saya. Kenapa tiba-tiba nak kahwin di tempat dia, dia juga pakai duit tu?” soal wanita berkenaan.

Dalam luahan sama, wanita itu mendedahkan suaminya sebenarnya membuat pinj4man kewangan untuk mendapatkan RM25,000 tersebut.

Malah, dia juga sebolehnya mahu majlis dit4ngguhkan setahun lagi agar suaminya dapat mencari wang tambahan.

“Hubby saya kata dia layak lo4n RM25,000 je sebab lo4n banyak… rumah, kereta lagi. Sekarang hubby terima gaji RM1,000 je sebulan sebab p0tong semua lo4n.

Allahu saya rasa hati dirob3k-rob3k. Hak saya diperk0sa. Saya tak boleh terima macam ni.

BAKAL PENGANTIN PEREMPUAN

“Jadi saya kata pada dia, kita t4ngguh nikah setahun lagi untuk dia kumpul RM10,000 untuk wedding di tempat pihak lelaki,” kata wanita itu lagi.

Namun katanya, bakal suami tetap berkeras mahu perkahwinan dilangsungkan tahun ini biarpun mereka berhadapan kesul1tan kewangan.

Malah, ibu lelaki juga turut menyarankan agar perkahwinan di dua lokasi dibiaya dengan kos RM25,000 itu sahaja.

“Allahu saya rasa hati dirob3k-rob3k. Hak saya diperk0sa. Saya tak boleh terima macam ni.

“Perlukah saya bat4lkan semua ni? Saya s3dih diperlakukan macam ni. Saya ada harga diri,” kata wanita itu lagi.

Wanita itu mengakui kec3wa apabila wang hantarannya perlu dikongsi untuk melaksanakan majlis di pihak pengantin lelaki.

Paparan skrin luahan berkenaan turut dikongsi seorang pengguna Twitter sehingga menerima lebih 5,400 ulang kicau (Retweet).

Malah, ada yang turut mentertawakan wanita itu kerana kesil4pan ejaan perkataan wedding (perkahwinan) yang ditulis sebagai welding (kimpalan).

Pada masa sama, ada yang mempertahankannya dan menganggap tidak semua orang mempunyai penguasaan bahasa Inggeris yang bagus.

Selain itu, net1zen juga memberikan pendapat agar dia berbincang sebaiknya berhubung majlis perkahwinan tersebut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Beng4ng Hantaran RM25,000 Nak Dibahagi 2 Majlis, Bakal Pengantin Tekad Untuk Tangguh nikah… Biar Pihak Lelaki Kumpul Lagi RM10,000"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*