Dayana Roza Dah Bertunang

Tahniah diucapkan kepada pelakon Dayana Roza yang selamat mengikat tali pertunangan dengan ahli perniagaan A’dale Adham Ayahudin, 33 tahun petang tadi.

Dayana berkata hampir enam tahun berkenalan dia menerima lamaran A’dale selepas melihat usaha jejaka itu yang serius dalam perhubungan mereka. Dayana akui dahulu dia tidak menyenangi tunangnya itu.

“Dulu tak sukakan dia kerana suka sangat cari gadvh dan meny4kat saya. Pernah juga cakap perkara kawan saya, kalau dia lelaki yang terakhir di dunia ni pun saya akan fikir banyak kali untuk kahwin dengannya.

“Tapi rupa-rupanya dialah lelaki yang menghargai saya, Alhamdulillah,” katanya kepada mStar Online.

Pasangan itu mengadakan majlis pertunangan secara tertutup yang dihadiri keluarga dan rakan media di Damai Glasshouse, Kuala Lumpur.

Tambah A’dale, empat tahun lalu dia pernah menyatakan hasrat untuk meminang Dayana namun ditolak. Ujarnya, merkea merancang untuk melangsungkan pernikahan pada pertengahan Disember depan.

“Datuk saya tak berapa sihat, biasalah sakit tua. Jadi kalau boleh nak percepatkan majlis pernikahan.

“Empat tahun lepas masa kami masih berkawan saya ada cakap nak meminang dia tapi dia tolak. Tapi saya cakap pada dia yang satu hari nanti saya akan kahwini dia juga,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Rotikaya

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Dayana Roza Dah Bertunang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*