Perodua Myvi, Axia dan Bezza Paling Laku Di Malaysia

PERODUA Myvi, Axia dan Bezza mencatatkan jualan membanggakan dan menjadi tiga model paling laku pilihan pengguna Malaysia setakat tahun ini.

Myvi mencatatkan jualan sebanyak 29,313 unit, diikuti Axia (28,107 unit) dan Bezza (25,416 unit).

Malah, ia melonjakkan penguasaan pasaran Perodua kepada 42 peratus setakat tahun ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, Perodua Myvi, kenderaan terlaris di Malaysia setiap tahun sejak 2006, baru-baru ini telah dinaiktaraf dengan sistem Bantuan Pemanduan Selamat (ASA) 2.0 terkini.

“Ia kekal menjadi antara kenderaan dengan ciri keselamatan canggih yang paling mampu milik di negara ini,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Menurutnya, sejak kembali beroperasi selepas penutupan selama dua bulan akib4t Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jumlah jualan mencatatkan peningkatan ketara didorong pengecualian cukai jualan yang berlangsung sehingga akhir tahun.

“Sekiranya perkembangan ini berterusan, jumlah jualan yang menggalakkan ini akan membolehkan kami membantu ekosistem pembekal dan pengedar automotif pada masa yang sukar ini,” katanya.

Katanya, Perodua turut mendaftarkan 23,203 kenderaan pada Julai 2020, mengatasi Jun sebagai bulan jualan tertinggi setakat tahun ini sebanyak 9.2 peratus, dan meningkatkan jumlah jualannya setakat tahun ini kepada 97,373 unit.

Penguasaan pasaran untuk Julai juga meningkat kepada 40 peratus.

Pada Jun lalu, Perodua mencatatkan jualan 21,250 unit manakala, pada Mac, hanya 8,601 kenderaan berjaya dijual sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan pada 18 Mac lalu, membawa kepada penutupan operasinya selama dua bulan.

Katanya, semua model semasa Perodua mempunyai kandungan komponen tempatan lebih 90 peratus dan disebabkan skala ekonominya, alat ganti servis ditawarkan pada harga berpatutan dan mudah didapati, memberikan pelanggan ketenangan minda yang menyeluruh.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Perodua Myvi, Axia dan Bezza Paling Laku Di Malaysia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*