Cantik Dan Tenang Suasana Belanda di Batu Kurau

BAGI yang pernah ke destinasi duriotourism atau pelancongan durian, Batu Kurau bukanlah tempat asing dan terletak hanya kira-kira 20 kilometer (km) dari Bandar Taiping.

Pengunjung boleh memilih sama ada mahu menyusuri jalan lama atau Lebuhraya Utara Selatan sebelum memasuki jalan kampung dan akhirnya ke kebun durian dimiliki pengusaha tempatan.

Selain durian, satu lagi perkara menarik mesti diketahui pembaca ialah keistimewaan Batu Kurau apabila memiliki destinasi vir4l iaitu Chalet Latip D’Ayer Itam di Kampung Air Itam.

Buat anda yang tidak pernah menjejakkan kaki atau sampai ke Belanda, di sinilah lokasi sesuai apabila terdapat 20 buah chalet dengan konsep seni bina ala Keukenhof menerusi perincian pada bumbungnya.

Menurut Pengarah Urusannya Abdul Muzhafar Abdul Manab, 25, idea tercetus apabila dia perlu mengambil alih pengurusan chalet daripada ayahnya, Datuk Abdul Manab Abdullah, 64, pada 2018.

“Dulu saya belajar di United Kingdom dan sering bercuti ke luar negara. Saya lihat banyak seni bina dari luar boleh dipraktikkan di sini termasuklah konsep chalet berbumbung ala Keukenhof.

SELESA ruang dalam chalet bumbung segi tiga.”Apabila saya berbincang dengan bapa dan abang, Abdul Muhaimin Abdul Manab, 27, yang turut berkongsi tanggungjawab dalam menguruskan chalet ini, mereka bersetuju.

“Kata mereka, selain tarikan baharu buat Batu Kurau, sekurang-kurangnya pengunjung tempatan yang tidak berkesempatan ke Belanda merasai pengalaman itu di sini,”katanya.

Selain chalet berbumbung ala Keukenhof, suasana di resort ala kampung itu juga semeriah Kampung Warna-Warni Jordipan di Malang, Indonesia apabila turut menggunakan warna berlainan pada chalet yang ada.

“Pengunjung pastinya boleh bersantai dengan ahli keluarga apabila menikmati pemandangan indah pokok yang menghijau selain meniti jambatan gantung merentasi sungai.

“Pentingnya ialah buka sahaja pintu chalet mereka akan menikmati pemandangan sungai Lata Air Hitam yang terbentang. Di sini juga kami tawarkan tempahan makanan buat pengunjung yang idam sajian kampung selain jamuan barbeku.

“Selain percutian keluarga, tempat kami ini sesuai untuk majlis korporat berdasarkan fasiliti akan datang dijangka siap sekitar September nanti iaitu kolam renang, trek ATV selain seksyen riadah tali tinggi untuk peminat aktiviti ekstrem,”katanya.

Meny3ntuh perancangan akan datang, beliau dan abangnya bercadang menambah unit chalet berkonsepkan seni bina tradisi Jepun sesuai untuk kelompok pelancong ‘backpacker’ serta pasangan yang datang untuk berbulan madu.

“Konsep chalet seterusnya saya dan abang membayangkan perincian sering dilihat pada rumah percutian kolam air panas di Jepun iaitu dengan pintu buluh gelongsor,” katanya.

Ketika ini chalet terb4bit sudah memiliki kemudahan asas seperti dewan dan surau selain mempunyai 12 lagi chalet lama menggunakan konsep biasa.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Cantik Dan Tenang Suasana Belanda di Batu Kurau"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*