“Kita Sama-sama Ke Lapangan Terbang Kerana Ini Kali Terakhir Saya Mahu Tengok Wajah Abang”-Antara Permintaan Terakhir Arw4h

“BIARLAH kita sama-sama ke lapangan terbang kerana ini kali terakhir saya mahu tengok wajah abang,” demikian permintaan arw4h Dayana Damsah, 27, kepada suaminya, Nurhan Ayub, 27, sebelum menghantarnya ke Lapangan Terbang Tawau, pada petang Selasa.

Nurhan yang juga jurutera di sebuah syarikat minyak dan gas di Kemaman Terengganu, berkata dia menghabiskan cuti selama dua minggu di Tawau selepas majlis perkahwinannya (sebelah pihak lelaki) pada 1 Ogos lalu dan sempat membawa isterinya itu bercuti di pulau peranginan di Semporna.

Katanya, walaupun ia hanya percutian singkat tetapi ia amat bermakna bagi mereka selepas sah bergelar suami isteri dan Dayana sangat gembira kerana dapat menghabiskan cuti bersama.

“Pada malam sebelum bertolak pulang, saya dapat merasakan isteri seolah-olah ber4t h4ti mahu melepaskan saya balik semula ke Terengganu.
“Ketika itu arw4h sedikit berem0si dan saya sempat berpesan kepadanya supaya tidak perlu bimbang,” katanya ketika ditemui di kediaman mentuanya di Kampung Pasir Putih, Tawau, hari ini.

Bercerita lanjut, Nurhan berkata, mereka juga sudah merancang untuk berbulan madu di Terengganu menjelang cuti persekolahan penghujung bulan ini.

Katanya, dia sudah membeli tiket penerbangan ke Terengganu pada 20 hingga 24 Ogos ini dan arw4h isterinya itu teruja dan tidak sabar menunggu tarikh berkenaan.

“Bagaimanapun pada pagi kejadian, isteri ada menghantar mesej melalui applikasi WhatsApp meminta izin untuk ke sekolah.

“Dia beritahu mahu jadi isteri solehah dan sebab itu setiap perkara kena minta izin suami, takvt nanti jadi apa-apa.

“Arw4h juga sempat menghantar gambar selfie pagi itu sebelum bert0lak ke sekolah dan itulah gambar terakhirnya,” katanya.

Dalam kem4langan jam 6 pagi Selasa, kereta dinaiki Dayana yang bertugas sebagai guru di Sekolah Kebangsaan Umas-Umas (SK Umas-Umas) hil4ng kaw4lan lalu terb4bas dan terjvnam ke tebing sungai di Kampung Kijang, berhampiran Jambatan Merotai Besar.

Kem4langan itu turut meng0rbankan rakan setugasnya, Nurizyani Kafli@Masri, 24, yang men1nggal dvnia ketika mendapat rawatan di Hospital Tawau manakala pemandu kereta, Hasnaini Paiori, 38, dan Nur Zairah Aladin, 35, dilap0rkan meng4lami kec3der4an par4h.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "“Kita Sama-sama Ke Lapangan Terbang Kerana Ini Kali Terakhir Saya Mahu Tengok Wajah Abang”-Antara Permintaan Terakhir Arw4h"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*