“Tak Mahu Tunjuk Sangat Kemewahan” – Tokti Mahu Luang Masa Bersama Keluarga Sebagai Hadiah ulang Tahun Ke-14

Penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza mengambil langkah untuk tidak mahu terlalu menunjuk kemewahan hadiah ulang tahun perkahwinannya yang bakal tiba.

Menurut Siti atau lebih mesra disapa Tokti, dia mahu meluangkan lebih masa bersama keluarga sebagai sambutan ulang tahun ke-14 perkahwinannya bersama Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

“Kalau dulu anda semua ternanti-nanti apakah hadiah yang Datuk K beri setiap kali sambutan hari jadi atau ulang tahun perkahwinan tetapi sekarang dengan pelbagai situasi, kita janganlah nak menunjuk sangat sebab ada orang yang lagi susvh tengah mengharungi hidup,” ujar Tokti kepada Gempak.

Tokti ditemui ketika majlis pelancaran pusat kecantikan dan kesihatan Beauty & Co yang membuka cawangan terbarunya di The Gardens Mall, Kuala Lumpur sebenatar tadi.

Pada majlis itu, Tokti membuat dua persembahan istimewa disamping berkongsi pengalamannya menjalani beberapa rawatan kecantikan dan kesihatan di pusat tersebut.

Tambah Tokti, minat dia dan suami dalam sukan berbasikal membuatkan dia mahu melakukan aktiviti itu bersempena det1k manis ke-14 mereka bersama.

“Saya dan suami merancang untuk mengadakan kayuhan ulang tahun perkahwinan ke Bukit Fraser dan di sana kita akan sambut bersama dengan kawan-kawan basikal,” katanya lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Gempak

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "“Tak Mahu Tunjuk Sangat Kemewahan” – Tokti Mahu Luang Masa Bersama Keluarga Sebagai Hadiah ulang Tahun Ke-14"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*