Peminat Suruh Kahwin Dengan Syazwan Zulkifli, Ini Jawapan Sebenar Wan Sharmila

Pelakon Wan Sharmila, 39, menyatakan hubungannya bersama aktor Syazwan Zulkifly, 33, hanya sekadar kawan.

Ketika dihubungi Gempak, Wan Sharmila atau lebih mesra dipanggil Lala mengakui ramai peminat yang menginginkan mereka menjadi pasangan suami isteri sama seperti dalam drama 7 Hari Mencintaiku 2.

Jelas Lala, hubungan mesra itu sekadar lakonan dalam drama.

“Saya takvt sangat bila ramai yang mendoakan kami supaya kahwin. Kata-kata itu kan doa.

“Kami takda apa-apa, kalau doa itu termakbul macam mana. Takutnya.. Syazwan pun ada cakap benda sama juga dekat saya.

“Alhamdulillah, tak perlu cinta lokasi lakonan kami diterima ramai. Rata-rata penonton rasa dekat saja dengan jalan cerita drama itu,” katanya.

Sementara itu, pemilik nama Wan Sharmila Wan Muhamed berkata dia tidak tahu sama ada Syazwan sudah berpunya atau belum.

“Saya tak tahu Syazwan masih solo atau berpunya. Kalau Syazwan dah ada teman wanita, dia (teman wanita) cembvru nanti.

“Nanti saya pulak ditvduh perampas. Sekarang dah la banyak isv macam ini yang berlaku,” katanya lagi.

Sebelum ini, Instagram (IG) Lala dan Syazwan dipenuhi dengan komen-komen yang berharap mereka menjadi pasangan suami isteri.

“@syed_alief09: Kahwin betul-betul la sweet korang.

“@emilia_moktar: Kahwin betul-betul kan best. Sepadan sangat.

“@_eena91: Sec0cok la haha. Semoga kahwin betul-betul lepas ni,” antara komen-komen yang ditulis.

Selain Lala dan Syazwan, 7 Hari Mencintaiku 2 turut dibintangi barisan pelakon hebat yang lain antaranya Shukri Yahaya, Siti Saleha, Jasmin Hamid, Kazar Saisi, Liza Abdullah dan ramai lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Gempak

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Peminat Suruh Kahwin Dengan Syazwan Zulkifli, Ini Jawapan Sebenar Wan Sharmila"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*