Permohonan Rentas Sempadan Malaysia-Singapura Dibuka Mulai Isnin Ini

Jabatan Imigresen (JIM)  memaklumkan permohonan kemudahan bagi rentas sempadan di antara Malaysia dan Singapura akan dibuka mulai Isnin ini (10 Ogos).

Dalam kenyataannya , Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata warga asing yang menetap di Singapura yang ingin memasuki Malaysia bagi tempoh yang singkat untuk tujuan rasmi dan urusan perniagaan boleh berbuat demikian melalui kemudahan Laluan Hijau Timbal Balik (RGL).

“RGL juga terpakai untuk warganegara Singapura yang ingin memasuki Malaysia bagi tujuan perniagaan dalam tempoh pendek,” katanya.

Bagi semua warganegara Singapura dan penduduk tetap di Singapura yang mempunyai Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang (PLSJP) untuk bekerja dan perniagaan boleh memasuki Malaysia melalui kemudahan Peraturan Ulang Alik Berkala (PCA).

“Bagi menggunakan kemudahan RGL dan PCA ini, semua pelawat asing perlu membuat permohonan melalui sistem MyTravelPass (MTP) pada pautannya  bermula 10 Ogos,” katanya.

Beliau berkata semua pelawat asing perlu memuat turun aplikasi MySejahtera dan mengaktifkan aplikasi itu dalam telefon mudah alih masing-masing.

Menurutnya pelawat asing yang menggunakan kemudahan RGL, penaja mereka di negara ini perlu membuat permohonan bagi pihak mereka melalui sistem MTP.

“Bagi pelawat asing yang menggunakan kemudahan PCA, majikan mereka di negara ini perlu membuat permohonan bagi pihak mereka melalui sistem MTP,” katanya.

Beliau berkata panduan lengkap tatacara permohonan dan keperluan dokumen bagi kemudahan RGL dan PCA boleh diperoleh menerusi laman web rasmi JIM di http://www.imi.gov.my/  dan pihak berkuasa Imigresen Singapura di https://safetravel.ica.gov.sg/

“JIM menasihati semua pelawat asing dan warganegara Malaysia supaya sentiasa mematuhi arahan dan peraturan semasa serta peka dengan pengumuman terkini daripada agensi kerajaan berhubung langkah-langkah penceg4han pand3mik C0vid-19.

“Tind4kan undang-undang yang teg4s akan dikenakan ke atas mereka yang ingk4r dan gag4l mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Bernama

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Permohonan Rentas Sempadan Malaysia-Singapura Dibuka Mulai Isnin Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*