M4ngsa Ditemui Berpelukan Dalam Bilik Air

EMPAT sekeluarga ditemvi selamat oleh bomba di dalam bilik air di tingkat atas sebuah rumah teres dua tingkat yang terb4kar di Jalan Setia Perdana, Bandar Setia Alam, dekat Shah Alam,

hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, bomba menerima panggilan pada 2.18 pagi dan tiba di lokasi sejauh 18 kilometer itu pada 2.37 pagi.

“Sewaktu bomba sampai, kita dapati kebak4ran di tingkat bawah rumah teres dua tingkat dan bomba dimaklumkan ada m4ngsa, namun tidak tahu jumlahnya.

“Jadi, pasukan dibahagi kepada dua, satu penyel4matan, satu lagi pemad4man. Pasukan penyel4matan buat pemadaman untuk memasuki ke rumah atas dan mencari m4ngsa.

“Bomba menemui empat sekeluarga (suami isteri serta dua anak) di dalam bilik air di bilik tidur utama dalam keadaan berpelukan dan basah disebabkan peluh serta hampir ses4k naf4s.

“Namun, bomba berjaya menyelamatkan mereka,” katanya ketika dihubungi.

Hafisham berkata, ketika kerja mencari dan menyelamat, tiada kedengaran suara jer1tan meminta tolong atau tang1san kedengaran.

“M4ngsa diam saja, kami bertawakal dan berserah pada Tuhan supaya kami dapat temui mereka dalam keadaan selamat dan dimaklumkan keluarga berkenaan kini dirawat di sebuah hospital swasta berhampiran,” katanya.

Beliau berkata, kerja pemadaman keb4karan selesai sepenuhnya pada 4.20 pagi.

“Operasi memb4bitkan 25 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Anggerik dengan bantuan BBP Kapar dan BBP Sungai Pinang,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "M4ngsa Ditemui Berpelukan Dalam Bilik Air"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*