Ben Amir Harap Bakal Suami Mira Filzah Izinkan Dia Berlakon

Namanya lebih dikenali ramai selepas membintangi drama Sweet Dream, pelakon Ben Amir mengakvi popularitnya sedikit menurun susulan Perintah Kawalan Pergerakan yang di laksanakan pada 18 Mac lalu.

Menyedari bahawa kehidupan sebagai anak seni ada naik turunnya, Ben berkata dia kini sedang mempersiapkan diri untuk kembali aktif dalam bidang lakonan selepas enam bulan tidak berlakon.

“Alhamdulillah selepas kejayaan tahun lepas… graf naik tapi sebab PKP, jatvh sikit. Tapi tak apa sebab sebagai pelakon ada turun naik… namun apabila dah jatvh kena naik balik.

“Sekarang ni masa untuk pemvlihan selepas enam bulan tak berlakon, ” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Ben berkata dia gembira apabila mengetahui Mira Filzah bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi serta berharap bakal suami akan mengizinkannya untuk terus berlakon.

“Saya seronok dia nak kahwin, harap lepas ni dapat berlakon lagi dan suami izinkan… saya selesa berlakon dengan dia.

“Tentang jodoh? Saya lambat lagi dalam dua, tiga tahun lagi. Bagi betul-betul stabil, calon pun tak ada. Tengah kenal-kenal,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Rotikaya

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Ben Amir Harap Bakal Suami Mira Filzah Izinkan Dia Berlakon"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*