Percutian M4ut Dua Keluarga…

IDENTITI tujuh m4ngsa yang mavt dalam kem4langan di Kilometer 5, Jalan Keramat Pulai menghala ke Cameron Highlands dekat Ipoh, semalam, sudah dikenal pasti termasuk dua pasangan suami isteri serta masing-masing seorang anak mereka.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, m4ngsa ialah Mohd Zairul Mat Isa, 34, dan isterinya, Nuratiqah Abd Hamid, 30, sementara satu lagi pasangan ialah Zulkifli Shuib, 41, dan isteri, Hasliza Mahmud, 40.

Turut mavt ialah ibu serta anak perempuan kepada Mohd Zairul iaitu Fatimah Mat Isa, 68, serta Nur Qaseh Damia Mohd Zairul, 4, dan anak kandung kepada Hasliza, Mohd Alif Firdaus, 3.

Katanya, sias4tan awal mendapati semua m4ngsa yang menaiki Perodua Alza dipandu Mohd Zairul dalam perjalanan dari Cameron Highlands menghala Simpang Pulai hilang kawalan sebelum terbabas sendiri.

“Kereta berkenaan seterusnya memasuki laluan treler yang datang dari arah bertentangan sebelum mel4nggar bahagian hadapan treler itu yang dipandu seorang lelaki berusia 32 tahun.

“Perodua Alza terb4bit kemudiannya terbalik yang menyebabkan kesemua tujuh mangsa mavt serta tiga lagi yang cedera parah terperangkap di dalamnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, dua m4ngsa yang par4h ialah anak kandung kepada Hasliza iaitu Firash Mikhael Azrie Shah, 11, serta remaja lelaki yang setakat ini hanya dikenali sebagai ‘Apit’, 16.

Sementara seorang lagi m4ngsa iaitu anak kepada pasangan Mohd Zairul dan Nuratiqah iaitu Muhammad Haziq Zikri Mohd Zairul, 9, diraw4t di Zon Kuning.

“Pemandu treler berkenaan bagaimanapun tidak mengalami sebarang keced3raan,” katanya.

Beliau berkata, may4t dihantar ke Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk bed4h sias4t manakala m4ngsa yang ced3ra turut diraw4t di hospital sama.

Sementara itu, abang kepada Mohd Zairul, Mohd Zakri Mat Isa, 37, ketika ditemvi di Unit Forensik HRPB berkata, kejadian berlaku ketika semua 10 m4ngsa yang menaiki sebuah kereta dalam perjalanan pulang dari bercuti di Cameron Highlands.

Katanya, dia dengan Hazliza adalah sepupu yang mana semua m4ngsa yang menaiki Perodua Alza terbabit berasal dari Serdang, Kedah yang memb4bitkan dua kampung berbeza.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Percutian M4ut Dua Keluarga…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*