“Saya Makan Jamu Sejak 15 Tahun”-Syatilla Melvin Yakin Sam Tak Cari Lain

Banyak k3s lelaki dig0da wanita per4mpas dan ‘gold digger’, pelakon Syatilla Melvin yakin suaminya, Shaheizy Sam tidak akan mempersiakan kepercayaan yang diberikan sejak berkahwin empat tahun lalu.

Menurut Syatilla, dia tidak takut suaminya dig0da wanita lain kerana tahu aktor itu tahu menjaga bat4s sebagai seorang suami dan bapa kepada dua cahaya mata mereka.

“Saya percaya Sam tidak akan berbuat demikian tetapi sebagai wanita saya tetap berfikir. Disebabkan itu, saya menceburi bidang perniagaan untuk mempunyai sumber kewangan yang stabil.

“Saya tidak mahu hanya bergantung pada dunia lakonan kerana kita sedia tahu jangka masa seorang pelakon itu tidak lama. Jadi saya perlu ada simpanan sendiri demi kebaikan pada masa hadapan,” katanya kepada Harian Metro.

Kini sibuk mengembangkan perniagaannya dan bakal muncul dengan produk jamu bulan depan, Syatilla berkata dia sudah mengamalkan jamu sejak usia 15 tahun dan ia sangat membantu menjaga hubungan suami isteri.

“Saya mengemb4ngkan perniagaan dengan t4mpil dengan produk baharu, jamu. Kenapa saya pilih jamu? Ini kerana saya mengamalkan pengambilan jamu iaitu sejak berusia 15 tahun lagi.

“Diakui saya suka memakan jamu kerana apabila mengamalkan, saya rasa bertenaga, malah saya dapat merasakan perbezaan dari segi dalaman, apatah lagi selepas berkahwin dan melahirkan anak.

“Selain itu, ia juga boleh menjaga hubungan suami isteri. Apatah lagi zaman sekarang ini kita boleh lihat pelbagai permasalahan di antara suami dan isteri, jadi apabila saya mencuba jamu ini ia sangat membantu hubungan saya dan suami,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Rotikaya

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "“Saya Makan Jamu Sejak 15 Tahun”-Syatilla Melvin Yakin Sam Tak Cari Lain"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*