“Blackpink In Kelantan” – Aksi Sekumpulan Pemuda Menari Lagu How You Like That, Bikin Panas…

Sekumpulan anak muda yang dikenali sebagai Instaboyz merakamkan video parodi lagu terbaru Blackpink, How You Like That dan mendapat perh4tian ramai.

Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna @Mgxfox berkongsi sedutan video parodi Instaboyz itu untuk tatapan umum.

“Blackpink in Kelantan area. #sepkitojangepecoh,” tulis pengguna tersebut.

Menerusi video berdurasi 43 saat itu, menyaksikan empat orang pemuda membawa watak sebagai Jennie, Lisa, Rose dan Jisoo menari mengikut rentak tarian kumpulan Kpop terkenal tersebut.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya terhibur dengan aksi Blackpink mereka.

“Siapa-siapa nk jumpa dorang datang la Aeon kelantan  hari Sabtu haha,” kata seorang wargamaya.

“Saya tak m4rah langsung, atleast ada hobi nak dibuat, menari tu exercise, lagi baik daripada pergi merempit atau buang masa mel3pak.

Janji tak buat benda tak elok,” komen seorang wargamaya.

“Joget la dik. Asalkan jangan layan d4dah/ pil kuda,” sokong seorang wargamaya.

“Haha power sia menari dia. Daripada kec4m, elok bagi pandangan yang bagus dan boleh fix lagi tarian dia. Orang yang rekod pun boleh improve lagi,” tegur seorang wargamaya.

“Hebat. Cuma kalau versi lelaki, mungkin boleh kuatkan sikit tarian. Macam mana band lelaki Korea menari? Tak payah lembut dan lentikkan badan. Dan boleh improvise langkah. Bravo!” tulis seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, video parodi tersebut telah mendapat hampir 16,000 tontonan di YouTube salah seorang anggota Instaboyz.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Gempak

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "“Blackpink In Kelantan” – Aksi Sekumpulan Pemuda Menari Lagu How You Like That, Bikin Panas…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*