Dayang Ingin Yang Bujang

SEMPENA ulang tahun kelima platform muzik JOOX, satu konsert dalam talian Konsert Online High5JOOX bakal menyer1kan peminat platform itu, Sabtu ini.

Konsert menampilkan Dayang Nurfaizah, Daiyan Trisha, FML, Sophia Liana & Budak Ngam itu juga bakal menjadi satu sejarah baharu apabila diadakan secara langsung di platform dalam talian.

Sebelum ini berlangsung konsert online antara Naim Daniel dan Ismail Izzani pada 25 Julai lalu, diikuti geg4ran m4ntap daripada persembahan Floor 88 pada 8 Ogos lalu.

Dayang ketika dihubungi berkata, konsert sedemikian adalah julvng kali bakal diadakannya.

Katanya, jika sebelum dia ser1ng mengh1burkan di depan ramai peminat, kali ini dia perlu membuat persembahan dalam studio sahaja.

“Ia adalah pengalaman pertama saya apabila dibuat secara dalam talian. Saya belum pernah buat persembahan atau konsert tiada penonton. Namun, inilah norma baharu yang perlu kita ikut.

“Saya sukakan konsert yang ada penonton kerana ‘tenaga’ pada acara itu berbeza, tapi apabila kali ini dibawakan secara dalam talian saya rasa syukur kerana sekurang-kurangnya ada tawaran persembahan dan boleh menyanyi,” katanya.

Menurut Dayang, sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasakan lalu, dia mengakui belajar banyak perkara dalam hidupnya.

“Kerjaya saya memang 100 peratus menyanyi. Selepas apa yang berlaku terhadap dunia akib4t C0vid-19, saya sudah mula terfikir untuk melakukan sesuatu.

BAKAL adakan konsert dalam talian.

“Namun, proses ini perlu mengambil masa dan tidak boleh terbvru-bvru. Saya kena cari sesuatu yang terbaik untuk diri saya dan apa yang mampu saya lakukan,” katanya.

Menurut Dayang, dia bersyukur walaupun tiada tawaran persembahan sepanjang PKP dan banyak persembahan dibat4lkan tetapi dia mempunyai simpanan yang mencukupi.

“Saya seorang yang berserdahana dalam apa saja yang saya lakukan. Biarlah saya hidup dengan apa yang perlu saja. Alhamdulillah simpanan masih ada walaupun terkes4n. Cuma saya perlu terus bekerja untuk memastikan kehidupan pada masa mendatang berada dalam keadaan baik,” katanya.

Bercerita mengenai sisi peribadinya, penyanyi lagu Lelaki Teragung ini berkata, belum ada sesiapa berjaya mengisi kekosongan hidupnya.

“Saya tak tahu bila jodoh akan sampai. Doa-doakanlah agar saya ditemui jodoh dengan cepat. Saya nak seseorang yang bujang dan masih solo. Saya tidak suka ambil hak orang,” katanya.

Mengakui cer3wet dalam memilih pasangan hidup, Dayang berkata, perkara itu bukan hanya perlu dilakukan segelintir orang sahaja tapi semua.

“Setiap wanita patut cer3wet dalam memilih pasangan hidup. Rumah tangga yang ingin dibina bukan perkara main-main sebab kita nak hidup lama dengannya.

“Nak bina masjid kena cari yang betul-betul sebab kita bukan nak perkahwinan yang berakhir dengan percer4ian,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Dayang berkata, dia kini sedang mencari buah tangan terbaharunya selain sibuk mempromosian single X Missing You.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Dayang Ingin Yang Bujang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*