Harga Runcit Pelitup Muka RM1 Mulai 15 Ogos

BERKUAT kuasa 15 Ogos, harga siling pelitup muka tiga lapis di peringkat runcit ditvrunkan kepada RM1 seunit, dan 95 sen seunit bagi harga borong.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, semakan semula harga itu dibuat berasaskan perincian maklumat terkini daripada pengilang dan pengimport bagi memastikan penetapan harga yang dibuat mun4sabah.

Katanya, ia juga dibuat berdasarkan tinjauan dan pemantauan secara berterusan terhadap bekalan pelitup muka di premis perniagaan yang mendapati ia mencukupi.

“Itu harga siling yang ditetapkan kementerian, tetapi bergantung kepada peniaga untuk menjual pada harga lebih rendah.

“Pada masa sama, harga pelitup muka ini juga mungkin akan diturunkan lagi sehingga 80 sen pada masa depan bergantung keadaan semasa,” katanya pada sidang media di Bilik Media Dewan Rakyat hari ini.

Alexander berkata, terdapat empat jenis pelitup muka yang diwartakan sebagai barangan harga terkawal di bawah Perintah-perintah Kawalan Harga dan Antipenc4tutan (Penentuan Harga Maksimum) yang berkvat kuasa 15 Ogos ini.

Pelitup muka (pembed4han/perubatan) satu lapisan (gelung telinga) dijual pada harga RM7 sekotak bagi peringkat runcit, dan RM5 (borong).

Selain itu, pelitup muka (pembedahan/perubatan) satu dua lapisan (gelung telinga) dijual pada harga RM10 sekotak bagi peringkat runcit, dan RM8 (borong).

Pelitup muka (pembedahan/perubatan) tiga lapisan (gelung telinga/gelung kepala/ikatan pada kepala) dijual pada harga RM50 sekotak bagi peringkat runcit, dan RM47.50 (borong).

Terakhir pelitup muka (pembed4han/perubatan) N95 yang dijual pada harga RM6 seunit (runcit), dan RM100 sekotak (borong).

Alexander berkata, sejak 29 Januari hingga 11 Ogos lalu, sebanyak 47,703 pemeriksaan dan pem4ntauan harga serta bekalan pelitup muka dijalankan di seluruh negara.

“Pemeriksaan itu menghasilkan 55 k3s dengan nilai r4mpasan RM536,951.40, memb4bitkan jumlah k0mpaun RM392,400.

“Kementerian memberi jaminan akan sentiasa memberi pendekatan terbaik dan seimbang demi kepentingan pelbagai pihak bagi memastikan harga pelitup muka dapat dik4wal sekali gus bekalannya mencukupi,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : OBulan

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Harga Runcit Pelitup Muka RM1 Mulai 15 Ogos"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*