“Apa Saja Demi Ayahku, Aku Sanggup…”

“SAYA sanggup buat apa sahaja asalkan dapat membahagiakan ayah,” kata Mohd Farhan Ab Hamid ketika ditemvi di rumahnya di Kampung Gong Pak Jin, Tepoh, Kuala Nerus, hari ini.

Kesungguhan Mohd Farhan, 29, menjaga dan melayan bapanya, Ab Hamid Mat Husin, 63, yang diser4ng angin ahm4r dan terl4ntar mendapat pujian warganet apabila gambarnya membawa bapanya di dalam raga motosikal untuk ke kedai makan dan bersiar-siar tul4r di media sosial.

Farhan berkata, dia menjaga bapanya itu sejak lima tahun lalu dan menjadi rutin membawa bapanya bersiar-siar atau ke kedai makan sebanyak tiga kali seminggu.

“Ayah diser4ng angin ahm4r sejak tujuh tahun lalu dan sebelum ini ayah tinggal bersama adik beradik lain.

“Bagaimanapun pada 2015, ayah ingin tinggal di rumah saya dan sepanjang tempoh itu saya melayan segala kehendaknya.

“Maklumlah ayah s4kit terl4ntar dan berasa bosan sekiranya hanya berkurung di dalam rumah. Jadi, saya saya membawa ayah ke kedai makan dan bersiar-siar dengan menaiki motosikal,” kata anak kelima daripada enam beradik itu.

MOHD Farhan mendukung bapanya untuk dibawa bersiar-siar atau ke kedai makan. FOTO AHMAD RABIUL ZULKIFLI
Menurutnya, dia bertuah kerana isterinya, Maziana Abdul Manan, 35, dan anak tunggalnya, Nur Aleya Qalesya, 5, memahami tanggungjawabnya menjaga bapanya yang uzur itu.

“Kadang-kadang saya tiada masa untuk isteri dan bermain dengan anak kerana menguruskan ayah, namun bersyukur kerana isteri dan anak sangat memahami.

“Mal4h isteri tidak kek0k membantu menjaga dan menguruskan makan dan minum bapa ketika saya berkerja.

“Ayah ialah ny4wa dan kebahagiaan saya, susah macam mana sekalipun untuk menjaganya saya akan tetap menjalankan tanggungjawab sebagai anak sebaik mungkin,” katanya.

Menurutnya, dia pernah beberapa kali terp4ksa cuti berkerja kerana menjaga bapanya yang kurang sihat.

Katanya, dia berkerja sebagai buruh dengan pendapatan RM1,100 sebulan dan jumlah itu tidak mencukupi untuk menampung segala kos diperlukan ayahnya.

“Ayah memakai lampin pakai buang dan paling kurang perlu sediakan RM200 sebulan untuk membeli keperluan itu.

“Bagaimanapun berkat menjaga ayah, rezeki itu sentiasa ada melalui sumbangan orang ramai dan pihak masjid,” katanya.

Bercerita mengenai kesanggupannya membawa bapanya di dalam raga motosikal, katanya, dia membawa bapanya itu ke kedai atau bersiar-siar di sekitar rumah sahaja dengan motosikal.

“Saya mempunyai kereta tetapi kenderaan itu hanya untuk membawa ayah ke hospital sahaja maklumlah saya tidak mempunyai wang untuk mengisi minyak, jadi lebih jimat menunggang motosikal.

“Ayah dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan sebanyak dua kali setiap bulan bergantung kepada temu janji,” katanya.

Sementara itu, Maziana berkata, dia bertuah kerana mempunyai seorang suami yang bertanggungjawab dan penyabar.

“Bukan senang untuk menjaga ayah yang s4kit terl4ntar seperti itu dan ia memerlukan kesabaran tinggi.

“Sebagai isteri saya akan sentiasa menyokong dan membantu suami menjaga bapanya.

“Besar ganjaran dan keberkatan yang kami perolehi apabila berkhidmat untuk bapa s4kit dan kami akan menjaganya sehingga ke hujung ny4wa,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Harian metro

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "“Apa Saja Demi Ayahku, Aku Sanggup…”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*