Terpaksa Gad4i Rantai Emas Ibu Beli Barangan Dapur

Ahmad Syahrul Fitri berkata, dia sebelum ini bekerja sebagai pembantu penyedia hidangan di sebuah hotel sebelum berhenti kerja kerana mahu menjaga ibunya.

“Emak pula bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah asrama namun berhenti kerja akib4t mas4lah kesihatan dialami.

“Setahu saya, dia hanya menghid4p peny4kit dar4h tinggi sebelum ini. Emak pernah mengadu pening kepala tetapi kesihatannya semakin terg4nggu selepas mengal4mi dem4m yang berlarutan selama tiga hari pada bulan lalu.

“Ketika itu, penglihatannya tiba-tiba menjadi kabur sebelum buta sepenuhnya. Mulanya, saya membawa emak menjalani pemeriksaan di Hospital Sultan Ismail (HSI) sebelum dirujuk ke HSA.

“Doktor kemudian mengesahkan emak mengh1dap bar4h pada 26 Julai lalu,” katanya.

Menceritakan rutin hariannya, Ahmad Syahrul Fitri berkata, dia dan abang sulungnya, Ahmad Amirul Iskandar, 24, yang akan memimpin ibu mereka untuk bergerak di dalam rumah manakala kakak iparnya, Nur Anissa Mohammad Darus, 21, mengambil alih tugas memasak.

“Selain menguruskan emak, saya dan abang perlu memastikan dia memakan ubat mengikut waktu ditetapkan.

“Cuma menjadi masalah apabila kediaman kami hanya memiliki tandas c4ngkung dan ia perlu ditukar kepada tandas duduk berikutan keadaan emak,” katanya.

Ahmad Syahrul Fitri memasang hasrat melakukan pengubahsuaian di rumah, namun tidak dapat dilakukan berikutan mereka ketiadaan wang, tambahan pula dua adik yang masih bersekolah.

“Diharap, ada pihak yang sudi membantu, sekurang-kurangnya menyumbang kerusi roda dan memberi dana untuk mengubahsuai tandas demi keselesaan emak,” katanya.

Orang ramai yang berhasrat membantu boleh menghulurkan sumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) bernombor 0114941100004820 atas nama Ahmad Syahrul Fitri Mohamad Ghani atau menghubunginya di talian 011-11310916.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Harian metro

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Terpaksa Gad4i Rantai Emas Ibu Beli Barangan Dapur"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*