Ibu Kecew4 Tak Halal Air Susu

Lombok: “Saya tidak maafkan dia. Dia harus bayar air susu saya. Saya pen4t menjadi ibu, saya bosan,” kata Praya Tiningsih, 52, yang ditujukan khas kepada anaknya, Rully Wijayanto.

Tiningsih berkata demikian selepas Rully, 32, menuntut pembahagian harta pus4ka memb4bitkan tanah seluas 4.2 ekar, rumah serta wang pencen.

Wanita yang berasal dari Semayan, Lombok Tengah itu menolak pembahagian berkenaan dan tidak juga menerima konsep perd4maian dicadangkan Rully, mengkhusus kepada empat perkara.

“Saya tolak perkara pertama. Dia tetap mahu tanah tetapi wasiat bapanya (tanah) tidak boleh dibahagikan,” katanya seperti dilapor Kompas.

Dalam permohonan itu Rully menuntut pembahagian tanah kepada setiap pew4ris mengikut hukvm faraid.

Kemudian, dia menuntut penjelasan berhubung wang pencen arw4h dalam perkara keempat yang ditentang Tiningsih.

“Saya tolak perkara empat kerana pencen itu lebih kepada hak saya,” katanya yang sedih dengan tindakan anaknya.

Menurutnya, tuntutan Rully melanggar kehendak dan pesanan arwah suami yang meminta harta pusaka tidak dibahagikan.

“Ketika hidup dan masih mender1ta angin ahmar pada 2016, pesan arw4h rumah diduduki sekeluarga tidak boleh dibahagikan, dijual dan perlu menjadi rumah bersama,” katanya.

Sementara itu, Rully berkata, pembahagian harta dilakukan untuk mengetahui hak mereka dan supaya tiada pihak luar mengambil kesempatan.

Dia juga menegaskan tidak merosak ataupun menjual rumah pusaka berkenaan, sebaliknya sekadar meminta pengesahan terhadap bahagian masing-masing.

“Nanti jika diputuskan (pihak berkuasa), kita tahu hak kita, adik, mama saya dan supaya tiada yang cuba menuntut harta warisan alm4rhum bapa,” katanya.

Sebelum ini dilaporkan, Rully yang sudah berkeluarga, mula menuntut pembahagian tanah dan wang selepas kec3wa kerana ibunya tidak membenarkan dia menambah ruang tamu serta dapur. -Agensi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Harian metro

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Ibu Kecew4 Tak Halal Air Susu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*