“Kami Belajar Online Dua Kali Seminggu” – Seronoknya Rita Rudaini Berlajar Bersama Anak-Anak

Memang sesuatu perkara yang indah bila dapat belajar Al-Quran dengan teman-teman, tetapi bila bersama dengan keluarga pastinya lebih indah dan menyeronokkan.

Itulah perkongsian pelakon jelita Rita Rudaini apabila mengakui dia dan anak-anak belajar membaca Al-Quran secara atas talian dua kali seminggu bersama dengan Ustaz Haji Sazalie Nordin.

“Tengok Al-Quran pun ALLAH bagi pahala, apatah lagi kalau kita baca. Kami blajaq online 2x seminggu dgn Ustaz @hjzalie. Terima kasih banyak Ustaz.

“Ilmu yang Ustaz bagu pada saya dan anak-anak akan saya bawak sampai ke akhir hay4t kami. Jasa Ustaz pada keluarga kami tak dapat saya balas. Hanya doa kami anak beranak untuk Ustaz sekeluarga,” tulis Rita pada satu entri di Instagramnya.

Rita Rudaini juga bersyukur kerana dengan bantuan Ustaz Sazalie, dia dan keluarga kecilnya dapat memperbaiki diri serta bacaan Al-Quran.
“Yang boleh guide kita, yang boleh ubah diri kita dan rawat hati kita hanyalah AL-QURAN & SOLAT.

J4hil macam mana pun kita, jah4t macam mana pun kita, bacalah walau pun sebaris.

“Solat lah walaupun terp4ksa. Lama-lama kita akan rasa rugi untuk tinggal AL-QURAN & SOLAT. Ikhlas dari perjalanan hari-hari saya. Terima kasih ALLAH,” tulis Rita lagi.


Rita mempunyai dua orang anak lelaki, Aarit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna hasil perkahwinan dengan bekas suaminya seorang pemain bola sepak, Aidil Zafuan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Gempak

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "“Kami Belajar Online Dua Kali Seminggu” – Seronoknya Rita Rudaini Berlajar Bersama Anak-Anak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*